Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Miracle is happening
Geng due awal oct
Hi geng mummy, ada tak due awal bulan oct dah selamat bersalin? Skrg 35w takde rase pape pun sebab tahu awal lagi. Just nak tanya korang punya baby kerap mengeras tak? Bukan perut mengeras yang sakit contraction tu, tp baby macam mengeras menggeliat dlm perut. Tertimbul2 perut. Hitung minggu 7/10/2023. Kalau boleh nak awal sikit lerrr beranak. Sakit betis dah.
Baby breech 32w
Ada tak korang baby breech kepala kat atas, macam mana kira gerakan baby? Saya harini kurang rasa baby gerak, bila scan baby breech. Jd tak rasa tendangan kuat.. nk kira susah. Waktu tak breech haritu ok je kira. Semalam pun okay.
Baby kurang gerak
Salam korang geng due oct. Korang rasa baby aktif tak sekarang ni? Saya 2 hari ni baby mcm x kick kuat pagi & petang. Rasa denyut2 je. Saya tau kena pergi hosp terus tp jarak saya 1jam hosp terdekat. 2jam pun ada. Dah wsapp misi. Klinik felda saya ni xde kemudahan advance sgt..
Baby aktif malam. Siang petang kurang gerak
Hi. Masuk 25 weeks skrg. Baby ni malam pukul 11,12 aktif sgt smpai kadang2 timbul kiri, kadang2 timbul kanan. Ibu dia yg susah cari position nak tidur. Tp siang time kita jaga, dia duk diam plak ekkk. Korang camtu jugak tak
Berat tak naik
Hai, perlu risau tak kalau berat mak tak naik? Baby aktif je menendang. Mak makan banyak je & selera. Mak 23w sekarang tapi berat maintain je 48kg dari sebelum preggy. Ada tak uols yang pengalaman sama/ada pengalaman berat tak naik tp baby sihat sampai lahir?
Nipple cream
Hi korang geng due oct, dah start rasa nipple sakit tak? Rasa mcm tersentuh pun sakit. Korang pakai nipple cream apa?
Preggy pakai inai
Haiii betul ke ea preggy takleh pakai inai? Ke ada yang teruskan pakai? Sebab ada org kata doc/nurse marah sebab tak nampak pucat kuku. Betul ke. Teringin pulak nak berinai sebelum beranak. Haha
Nak naikkam berat badan?
Hi mommies, macam mana nak naikkan berat badan yg cantik time preggy? Berat saya maintain je dari before preggy sampai skrg dah 20weeks. Gigih juga makan kerap tapi itula pagi makan tengahari buang. Petang makan malam buang. Cepat nau proses. Nak timbang pun maintain aje.
Harini 20w tak rasa gerak
Assalamualaikum. Ni kandungan yang kedua selepas yang pertama gugur. Mula rasa quickening sejak 18 weeks sampai sekarang 20weeks. Tapi harini seharian tak rasa butterfly kick tu. Ke nak tidur karang baru rasa? Selalu sebelum ni bila2 masa pun dh rasa siang2. Saya makan okey je pagi ngn tengahari. Ni pun nak makan lagi. Overthinking sikit sebab pernah gugur. Tu je. Jangan kecam 🥹