Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Dreaming of becoming a parent
PCOS
Salam. Selepas berjuang beberapa bulan untuk pregnant, akhirnya saya beranikan diri ke hospital untuk scan rahim. Melalui laman doctoroncall.com.my , saya dapatkan referral letter untuk berjumpa O&G. Sekarang saya faham kenapa saya susah pregnant. Disebabkan oleh telur yang tidak matang akibat daripada penghasilan hormon androgen lebih tinggi berbanding hormon estrogen & progesteron, yang mana banyak cyst melekat pada folicle telur. Untuk mendapatkan regular period dan keseimbangan hormon semula, saya perlu amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam & turunkan berat badan. Wish me luck semua. Untuk sesiapa yang ada masalah sama macam saya, saya doakan kalian juga berjaya TTC ?
Gatal Payudara
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apa sebab berlakunya gatal pada payudara ? Saya ada baca beberapa tanda kehamilan, antaranya adalah gatal / sakit / sensitif pada payudara. Malangnya, bila saya buat upt masih 1 line. Untuk pengetahuan juga, hanya payudara sebelah kiri sahaja yang terasa gatal. Yang sebelah kanan, elok.
OPK - 1st day
Assalamualaikum semua. Saya baru selesai menggunakan opk selepas tidak minum air 2 jam. Kalau tengok dekat opk stick, C line terang dan T line samar - samar. Adakah ini bermakna saya kena teruskan buat opk untuk semakan hari kesuburan ? Kalau menurut apps premom, bermula hari ini hingga ke hari 23 adalah fertile window untuk saya. Buat masa ini juga saya berada di dalam fasa dry (vaginal discharge).
Period Tidak Teratur
Assalamualaikum semua. Saya baru saja sebulan berkahwin dan sekarang berpjj dengan suami atas sebab pekerjaan. Saya ingin bertanya, bagaimana cara untuk saya mengenalpasti waktu ovulasi sekiranya period saya tidak teratur ? Untuk maklumat tambahan, kali terakhir saya period adalah pada hari pernikahan saya awal Disember tahun lalu. Adakah peluang untuk pregnant tetap ada sekiranya period saya tidak teratur ? Mohon bantuan semua. Terima kasih ☺️