Ieqa Afiqah profile icon
PlatinumPlatinum

Ieqa Afiqah, Malaysia

Kontributor
Posts(6)
Replies(86)
Articles(0)

Baby Christmas. 25/12/2020

Nak share pengalaman pregnant & deliver waktu pkp ni. Maaf post ni panjang sikit. Alhamdulillah lepas 5 tahun menunggu, Allah bagi rezeki waktu pkp first yang lepas. Mula-mula tak expect pun pregnant sebab period memang ting tong. Last period bulan 1, first check upt bulan 3 tapi negative, second check upt lagi bulan 4 tapi still negative. Masa ni memang dah tak mengharap tapi bila breast sakit sampai tahap tak boleh nak sentuh try jugak check upt masa ramadhan ke 2. Alhamdulillah masa ni baru positive. Happy dah masa ni sebab double line tapi bila first scan tak nampak apa pun. Rasa down sangat takut pregnancy tak menjadi. Mintak semangat dari kawan-kawan dekat fb. Alhamdulillah second scan nampak kantung. Third scan nampak jantung baby. Tapi suka duka belum habis lagi. Masa 11w kena tahan wad sebab tekanan darah tinggi. Padahal sebelum pregnant tak pernah pun ada darah tinggi. 16w sangkut pulak minum air gula. Doc on ubat pun reading still tinggi. Last-last redha jelah insulin setiap malam. Masa ni bermula la episod pergi checkup setiap 2 minggu sekali tak termasuk appointment dengan doc pakar. Memang penat tapi kuatkan semangat untuk anak. Doc bagi tarikh untuk induce sebab gdm on insulin masa 38w. Masa ni doa jelah moga semuanya dipermudahkan. Lagi la bila ramai yang cakap induce ni perit sikit. Tapi buat-buat berani jelah untuk anak. Masa nak admit tu tiba-tiba pulak batuk & selsema. Kena buat swab test dulu sebelum masuk wad. Sementara nak tunggu result tu diasingkan dulu duduk sorang-sorang kat bilik yang tak boleh nak bukak kipas tak boleh bukak aircond. Panas berpeluh tak payah cerita dah. Malam 24hb masa dekat bilik kuarantin tu air ketuban leaking. Doc check jalan dah 2cm and doc cakap kena bersalin dalam masa 24 jam. So result swab test dapat awal sebab dah jadi kes emergency. Alhamdulillah test covid negative. Pukul 11pg pindah masuk wad bersalin. Doc check jalan dah 3cm and baby pun dah kurang aktif. Terus tolak masuk labour room. Alhamdulillah tak kena induce. Cabaran sangat mengadap contraction sorang-sorang. Suami tak boleh teman. Suami boleh duduk kat luar labour room je. Contraction mula kuat masa 5pm. Tapi ntah kenapa jalan taknak bukak. Sampai ke pukul 8 malam masih 6cm. Doc cakap kalau pukul 11 masih tak bukak jalan kena emergency czer. Masa ni memang dah redha sebab dah lembik layan contraction dengan tak makan dari pagi. Alhamdulillah Allah bagi jugak rezeki bersalin normal. Pukul 10.00pm rasa nak push sangat dah. Jerit panggil nurse, nurse suruh push je. Tapi tak pandai nak push plus tak cukup nafas sebab selsema, doc tolong dengan vacuum kepala baby. Alhamdulillah pukul 10.34pm lahirlah baby boy permata hati mama yang sulung ni. Baby keluar je nurse terus bawak lari sebab nafas baby laju. Tak dapat nak first touch dengan baby. Baby kena masuk nicu. Mama pulak luka besar sampai ke bontot, doc cakap kena jahit dekat operation room bius separuh badan. Hari kedua baru dapat jumpa baby dekat nicu bila dah kuat sikit nak bangun. Kenangan yang perit tapi indah. Hilang rasa sakit bila dah nampak baby depan mata. #1stimemom #firstbaby

Read more
Baby Christmas. 25/12/2020
VIP Member
 profile icon
Write a reply