HYLNA EDMUN profile icon
SilverSilver

HYLNA EDMUN, Malaysia

Kontributor

About HYLNA EDMUN

Queen bee of 5 active child

My Orders
Posts(8)
Replies(65)
Articles(0)

TIPS PENYUSUAN MASA BERPANTANG

PERLU TAK PERAH SUSU MASA AWAL BERPANTANG? . REALITI : Kena perah susu seawal mungkin, kalau boleh dari masa dalam pantang sebab nak kumpul stok untuk mula kerja nanti. Nanti tak sempat buat stok kalau mula lambat. . FAKTA : Sekiranya perahan susu di mulakan seawal di dalam tempoh cuti berpantang, ibu lebih ber resiko tinggi untuk hadapi beberapa hal antaranya seperti : . ?OVERPRODUCTION, ?NIPPLE CONFUSE, ?BREAST ENGORGEMENT, ?BLOCK DUCT, and the list goes on.. . Overproduction (kesan pada ibu) . Hal ini terjadi kerana demand dan supply yang terhasil adalah bukan demand dan supply ibu dan anak, tetapi demand dan supply ibu dan pam. Pam akan mengosongkan payudara, tetapi bayi akan menghisap susu sehingga mereka kenyang. Mechanism ini penting agar ibu berterusan menghasilkan susu yang cukup untul bayi ibu. . Produksi berlebihan akan terbentuk kerana kelenjar pituitary( "kilang" hormon prolaktin) mendapat ransangan pada setiap kali sesi perahan, payudara di kosongkan sepenuhnya. . Maka susu yang di hasilkan adalah untuk mengisi ruang payudara yang kosong tadi. . Lebih kerap ia di kosongkan lebih kerap dia terhasil. Sekiranya betul-betul kosong maka kekosongan itu akan di penuhi kembali. . Hasilnya di kemudian hari ibu- ibu perlu perah susu setiap beberapa jam untuk kosong kan payudara. Sekiranya ia tidak di lakukan ibu, berasa tidak selesa sama sekali. . Apa akan jadi bila tidak di kosongkan maybe kerana kekangan masa, terlajak tidur atau mesin perahan ibu rosak? . ✔️ Breast engorgement / bengkak susu ✔️ Block duct / ketulan pada saluran susu. ✔️ Mastitis / jangkitan pada tisu payudara. ✔️ Breast abscess/ nanah dalam payudara. . Sekiranya payudara tidak dikosongkan mummies akan rasa seram sejuk nak demam dan mula bengkak susu, nak tak nak kena juga perah, dan begitulah cycle nya. . Apabila asyik kerap memerah, anak nak menyusu jadi rimas, mula lah kalimat anak asyik nak mengepeng, . PADAHAL BREASTFEEDING IA ALLLL ABOUT BREAST AND BABY. NOT PUMP AND BABY! . Di mana bondingnya kalau kita asyik bermesra dgn pam susu. . Nipple Confuse / keliru puting adalah gejala paling kerap terjadi. . Kenapa? . Apabila susu kerap dan cepat mengisi payudara maka ibu akan mula merasa penat memerah, selesak perah pasti ibu ingin berehat atau buat hal lain, maka mula lah sesi meminta bantuan suami atau sesiapa sahaja di sekitar ibu untuk membantu memberi susu pada bayi agar ibu dapat berehat sebentar. . Sekiranya mereka memberi susu dengan menggunakan cawan, sudu atau picagari ada maaf juga lagi, tetapi sekiranya menggunaka botol dan puting.. rasa-rasanya apa jadi next... ? . . OVERPRODUCTION (Kesan pada baby) . Bayi kerap tersedak ketika penyusuan kerana produksi susu yang banyak daripada keperluan anak membuatkan aliran susu menjadi sangat laju. . Ketika memulakan penyusuan, bayi sering tersedak kerana aliran susu yang laju sehingga ibu perlu melakukan pegangan gunting atau menyusu sambil berbaring ke belakang( back laid position) untuk melawan graviti agar susu yang mengalir tidak terlalu laju. . Ia umpama meletakkan paip air di dalam mulut bayi dan buka paipnya. Secara automatik, bayi akan merespond dengan cara menarik kepalanya kebelakang atau melepaskan payudara. . Apatah lagi ketika LDR ( Let Down Reflex), mommys akan dapat melihat ketidakselesaan pada bayi pada waktu menyusu. . . Berat badan yang tidak naik. ---------------------------------------------- . Pasti ibu yang susunya banyak tidak gusar dengan berat anak mereka. Kerana mereka yakin mereka dapat menyediakan susu yang cukup untuk bayi. . Namun lebih kerap terjumpa bayi yang menyusu dari ibu yang overproduction mengalami kesukaran naik berat badan. . Eh kenapa pula begitu? . Ini kerana bayi akan mudah kenyang hanya dengan foremilk dan tidak sempat nak sampai ke hindmilk mereka sudah kenyang sebelumnya. . Foremilk atau susu awal mengangdungi kandungan air yang lebih tinggi berbanding hindmilk. . Hindmilk mengandungi tinggi lemak, kadang kadang kita dapat melihat berat bayi statik sertak najis bayi yang berwarna hijau. Pada kondisi seperti inilah, mommys digalakkan memerah dahulu sedikit foremilk. Ini bukan sahaja membantu baby agar mendapat hindmilk tetapi ai juga dapat mengurangkan halaju susu kerana payudara tidak sudah terlalu penuh . Ibu boleh baca tentang kandungan susu di link di bawah ini. . https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2377252732542630&id=1681178608816716 . Bayi juga lebih kerap lapar. ------------------------------------------ . Haaa kerana si comel mendapat kebanyakkan foremilk berbanding hindmilk dimana kandungan airnya yang jauh lebih tinggi, ini akan menyebabkan ia sangat mudah di hadam sehingga terlihat seperti si comel sering kelaparan dan tidur yang tak lama. Foremilk yang tinggi kandungan air akan menghilangkan rasa haus pada mereka, dan hindmilk tinggi kandungan lemak dan protein membantu mereka rasa kenyang lebih lama, menaikkan berat badan serta mendapat kandungan lemak dan antibodi yang diperlukan mereka. . Begitulah... . Dr Nurhaya Yacob Nikmat menyusu itu bukan terletak pada jumlah, tetapi proses penyusuan itu sendiri. . #overproduction #dnlc #pam #nippleconfuse

Read more
Super Mum
undefined profile icon
Write a reply