Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Got a bun in the oven
Hi ibu2. Mcm mana nak redakan hidung tersumbat pada baby.
Baby saya 2 Hari dah selsema. Dah pegi klinik tp doc tkda bg ubat. Dia suruh monitor sendiri keadaan bby. Baby 7bulan. Kesian tenguk dia susah nak bernafas.
Saya epmom
Hi ibu2 normal Tak warna najis macam2 ni? Oren pekat. baby fm anmun+susu badan. Saya epmom. Baby first. Baby 5 month
Anak Saya sekarang masuk 5 bulan.
Asyik menangis jer kalau masa Saya tidurkan dia. Dia menangia mcm kena pukul,Kenapa yer ibu2? Saya epmom. Baby klau dia nak tdur Baru dia nak menyusu kalau dia bangun dia taknak menyusu
Hi ibu2..mcm mana nak hilangkan bengkak susu dgn cepat. Dah tuam Guna airpanas
Masih bengkak juga. Saya pump pun air susu Tak kluar..
Hi ibu2 nak tanya pump susu Jenis handfree breastpum yang mana bagus yer.
Yang mampu kosongkan breasts dengan bagus dan tahan lama
Hi ibu2 anak Saya menyusu badan. teringin pulak nak mkan maggie kari. Boleh Tak ibu2.
First baby
Boleh Tak kalau Kita beranak Kat tempat lain tapi nak buat Surat beranak Kat tempat lain?
#ingintahu
Kalau luka czer yg dekat hujung Ada benanah sikit..ibu2 cuci pakai apa? Haritu jumpaa doc dia bagi
Ubat antibiotics sahaja
Bunyi krok2 pada hiding baby
Macam Mana nak hilangkan bunyi krokk krok pada baby baru lahir 21 Hari. .lepas Balik dari hospital doc kata semua ok. Tp Balik rmh, dtg lagi bunyi krokk2.sampai baby sukar utk bernafas.
Sejak dah melahirkan Saya sangat2 sensitive. Selalu tiba2 menangis.
Tangan selalu terasa kebas. Dada rasa sesak. Adakah Saya meroyan?