
Hai mommies nak tanya saya baru je kenalkan telur kuning kat baby saya. Saya buat kek carrot letak telur try bagi dia makan. Dia makan pastu saya perasan lepas beberapa jam leher dia naik ruam bintik2. Saya pun tak pasti lah tu ruam panas ke allergik. Kalau allergik, apa saya boleh buat untuk hilangkan ruam tu? Baby sakit ke dgn ruam tu? Dia takde la meragam tak tentu. Tapi kadang2 dia menjerit tak selesa. Mungkin gatal kot tapi dia taktau macam mana nak bagitau. Bantu saya ya mommies! #firstmom #firstbaby
Read more






Sebelum ni macam2 cara dah guna sejak anak umur 4bulan, dari method paling soft sampai lah last resort anak dh masuk 8 bulan lebih ni try guna method hardcore 'cry it out'. Hampir nak give up hari ke3 sebab memang anak nangis sampai terbatuk batuk tapi cuba cekalkan hati jugak, biar nangis sampailah tertidur sendiri. Hari ke4 (hari ini) rutin yang sama bila nampak je dia ngantuk garu2 mata, saya terus bawak masuk bilik. Tutup pintu memang betul2 bagi gelap, lepas susu saya letak terus tempat tidur dia dan baring berdekatan. Surprisingly, she managed to sleep by herself without crying tonight. Mak nya pulak yang nangis sebab macam tak percaya the method is working, padahal bru hri ke4. Sebelum dia tidur memang dia berguling sana sini dulu, then ada panjat2 atas badan jgk, saya ignore je buat2 tidur tp time dia ats badan saya peluk and tepuk2 sikit. Lepas tu dia berguling balik tempat tidur dia then bebel sorang2, tahu2 je senyap tidur. Sebelum ni memang kalau boleh taknak guna cara cry it out ni, tp disebabkan memang tk larat dah nak ayun atas lengan sebab makin berat jd try lah juga. Alhamdulillah hari ke4 dah nampak kesan positif, anak dah pandai tidur sendiri tanpa didodoi. Moga malam2 seterusnya pun dia tidur sendiri mcm ni juga. Kepada yg nak cuba sleep train baby, banyakkan membaca dulu utk tahu cara yg betul dan selamat. Bukan setakat sleep train ja, untuk buat apa pun kena rujuk dulu pd yg pakar dan baca utk kita lebih bersedia. All the best moms! #firstbaby #sleeptraining #8bulan #firs1stimemom
Read more
Hai ibu, anak ibu 9 bulan minum berapa ounce ye? Anak sy skg paling byk 4-5 ounce. Dia lg prefer makan 😅. Nurse ckp kena tambah 6-7 ounce lg. Bila nurse cakap mcm tu trus sy jadi risau pula takut anak kenapa2 kalau kurang susu 😅. Sehari dia minum 5 kali. #advicepls #firstbaby #firstTime_mom #firstmom #ingintahu
Read more