Birthclub: Disember 2022 icon

Birthclub: Disember 2022

25.4 K following

Feed

macam mana nak tinggalkan anak sulung kt rumah nanti.

hi semua. nak tanya mommies yang pregnant jarak dekat. macam mana ya korang tinggalkan anak sulung korang masa nak pergi beranak nanti? saya ni mengenangkan saat saat nak kena tinggalkan anak tu nnti pun saya dah menangis terus peluk anak. btw saya suri rumah, anak memang sepenuhnya 24 jam dengan saya. and dia memang manja dengan saya berbanding org lain. terlalu manja. anak saya breastfeed, alhamdulilah dia dah minum botol skrg. cuma breastfeed ni mmg manja nya memang melebih lebih even skrg ni dia dah minum botol pun, malam malam tu kalau dia nak tidur tu mesti kepala nya merapat kt saya. bersentuh dengan badan saya. kalau tkda mmg terjaga. insyAllah nnti saya bersalin kan adik dia, dia dah umur 1 tahun 6 bulan. nak tanya la budak umur 1 tahun 6 bulan tu dah okay ke nak tinggal dengan org yg dia jarang tinggal. mungkin dia akan tinggal dgn mak saya and husband. tapi saya tetap risau la, sebab walaupun dia dengan husband dia tetap cari saya. kkdg saya ke dapur pun menangis nangis mcm kena pukul nak ikut. walaupun kt depan tu ada bapaknya. dia rapat je dengan bapak dia. tpi tulah no matter what dia tetap nak saya.. saya rasa sebak sangat nak tinggalkan dia nnti. lagi 5 bulan lebih je. belum cerita kalau beranak czer mesti lama kt hospital nnti. :(( tak sanggup nya saya nak pisah dengan anak. dah la saya ni cenggeng. rasa nak beranak kat rumah je sebab tknk pisah dengan anak. saya mmg dari dia lahir tk pernah saya tinggalkan dia. kemana mana angkut. ada urusan ke, ke kedai runcit ke, beli barang dapur ke semua saya bawa dia. sbb dia fully bf kan, so mmg susah nak tinggal. so macam mana ya mommies yang pregnant jarak dekat tu tinggalkan anak first? any tips, nasihat, or kata kata semangat. doakan saya dapat bersalin normal. sbb nak balik cepat cepat, tk sanggup tinggalkan anak.

Read more
undefined profile icon
Write a reply

nak meluah

nak meluah.. saya ni banyak sangat terasa dengan husband lately ni. saya skrg tgh pregnant anak no 2. sepanjang pregnant ni perangai husband betul betul buat saya sedih. saya tk sure saya ni emosi ke apa. tapi sumpah saya memang terasa dengan cara dia layan saya. kadang kadang tinggi suara dengan saya. bila dia tinggi suara saya merajuk la kan. of course, siapa je boleh terima husband tinggi suara dengan kita. bila saya merajuk dia biar je.. cth saya merajuk, saya ddk dlam bilik. saya tak tegur dengan dia. dia tanya saya jawab sepatah sepatah. kkdg saya keluar bawak anak sulung saya umur setahun, keluar g kedai jap. dia tak whatsapp, tak tanya saya, tak say sorry kat saya. dah jadi tawar hati dah saya. sampai nak merajuk pun rasa mcm no point, husband bukan kesah pun. sampai kan saya rasa menyesal kawin dengan dia. saya tak suka perkahwinan yang macam ni. saya tak suka suami saya layan saya macam ni. buat saya macam takda hati perasaan. saya rasa mcm dia kejam sangat sbb buat saya macam ni time saya pregnant. kkdg lepas bergaduh tu memang takda say sorry antara kami berdua, tiba tiba baik je. tegur pun sebab anak haa nak taknak terpaksa berborak. actually dari sebelum kawin dia ni memang jenis macam ni. dia macam zero knowledge bab bab bercinta ni. sbb before dia kenal saya pun dia tkde gf lain. kira nya dia ni mmg tk pernah bercinta. gambar tk pernah post kalau zaman bercinta tu, kena perli perli sikit baru la dia post gambar saya. banyak la dia improve, kalau saya merajuk dtg rumah bawak hadiah/ say sorry/ belikan coklat ke apa. kkdg bawak air milo ( sbb saya suka minum milo).. benda simple je tapi cukup buat merajuk tu hilang. org kta effort tu ada la kan dari takda. benda simple macam tu, boleh buat saya happy sebulan. tapi lepas kawin, lepas ada anak mcm semua benda berubah tau. jangan kata bawak coklat time merajuk, perkataan mintak maaf dari mulut dia pun takda. sekali dua tu saya okay lah. tapi bila sekali dua dah okay, dia jadi mcm dah biasa. setiap kali pergaduhan tu dah jadi benda normal, tahu tahu baik. saya pulak tk suka benda macam ni, jadi memendam rasa. saya pregnant pregnant dia buat saya macam ni tah la terasa sangat. kejam sangat. mmg saya akan ingat sampai bila bila. saya sumpah jadi rasa menyesal kawin dengan dia. saya terfikir, kenapa la dri awal saya dah tahu dia ni mmg jenis zero effort dalam bercinta kenapa la saya kawin dengan dia. saya tak suka suami saya buat saya macam ni. sebab nya sya membesar dengan family yg consider broken. mak ayah yang asyik bergaduh. 24 jm bergaduh. dorang even tak tidur sebilik pun. pantang berborak mesti bergaduh. so saya expect my small family will be better than parents saya. saya taknak anak sya rasa ap saya rasa. tapi dengan suami saya yang mcm takda hati perasaan ni hmm entah lah. atleast layan la saya baik baik time saya pregnant kan anak dia ni, yang emosi tgh terumbang ambing ni, yang mudah sedih ni. orang lain pregnant elok je suami dia layan. haih sedih sangat. and menyesal. kalau boleh putar balik masa mmg xnak kawin dengan org mcm ni. banyak makan hati.

Read more
undefined profile icon
Write a reply
Load More Posts