Birthclub: September 2022 icon

Birthclub: September 2022

23.9 K following

Feed

berpisah selepas habis pantang

assalamualaikum semua ibu , sekarang saya pregnant anak no 2 , saya dah tak sebumbung dengan suami hampir 3bulan .. saya masih tak boleh nak terima kehendak suami nak melepaskan saya dalam keadaan saya mengandung anaknya , sekarang saya tinggal jauh dri suami di rumah kakak saya segala keperluan sebelum pantang kakak sya sediakan dan ingin menjaga saya , saya masih rasa sedih sehingga emosi saya terpaksa pergi jumpa dr pakar psikiatri , semalam jawapan yang suami beritahu pada pej agama saya dah tak berguna dalam hidup dia dan urusan perniagaan suami , setakat handle emosi atau diri saya suami boleh katanya , suami cakap dia banyak urus staff sehingga yang tak boleh pakai dia buang saja jdi bila mana saya ingkar dan tak berguna alasan alah pregnant dia boleh buang saya jugak , alangkah terkejut saya mendengar sepanjang perkahwinan hanya untuk kerja shaja , saya tersingung anak no2 yang saya kandung telah banyak membuktikan apa yang telah suami sorokkan , banyak nampak tak ikhlas suami pada saya kerana dia tak endah sakit saya mengandungkan anaknya , sebelum kawin segala harta dia pujuk dan bagi kerana saya tolong suamo meniaga tapi lepas saya mengandung saya dah bagitau saya nak jadi surirumah sepenuh masa tapi pendapat saya di tolak mentah sebab suami banyak lebihkan ibunya dan adik adik nya skrg kereta yang suami bagi dia bagi pada adik dia naik , saya pergi klinik kena pinjam transport org lain , saya mengandung darah rendah pitam pengsan dia buat tak tahu , saya sangat sedih dugaan bulan puasa macam tu sekali sekarang saya jumpa keluarga suami saya dah tak boleh nak salam atau senyum terlampau sakit sangat walaupun suami suruh saya berbaik pada mak mertua saya , saya tak nak sbb saya sangat sakit hati nak pura pura bahagia dengan orang yang meruntuhkam rumah tangga saya .. soalan saya boleh ke saya bersalin jauh dari suami dan siapakah yang perlu azan kan kpada anak saya ? anak pertama ada nampak sedikit rebutan dengan mak mertua tapi saya nak anak bersama saya , macam mana nak uruskan waktu suami bersma anak sulung sebelum bercerai ?

Read more
undefined profile icon
Write a reply

Tips baby sembelit

Anak sy 1t 5bulan kerap sgt sembelit. Org ckp bg je buah naga, pisang, yakult, tembikai, nanti anak senang berak. Doc ckp kena ikut pola pemakanan. Bg mkn sayur, protein dan minum air masak secukupnya. Tetap sama sembelit jugak. Tukar susu fm pulak dari yg murah ke yg mahal pun sama tetap sembelit. Puas fikir apa masalah. Try beli probiotik habis sebotol kecik tu aish sama jugak. Bukannya murah benda tu. Anak bukan sembelit biasa. Tahap sembelit sampai nk keluar taik tu, berpeluh dan menggigil satu badan. Menangis sampai berjam-jam tapi tetap tak Keluar. Sekali keluar secoet je. Kdg² berdarah. Kat rumah mmg dah spare ubat utk sembelit. Yg sumbat kat bontot tu pun ada, yg telan pun ada. Beli byk² utk berbulan² trus. Lepastu sy ckp dekat husb, apa kata kita bg anak minum air kelapa. Kita ikhtiar cara ni pulak. Husb setuju. Kebetulan depan rumah mmg ada pokok kelapa husb tanam. So kait la buah kelapa bg anak minum sekali mkn buah kelapa. Wah nampak mcm dia suka. Memandangkan anak mmg tiap² hari berak, so esok tu tak sabar kita laki bini nk tgk najis dia. Pagi tu elok je dia meneran tak nangis². Najis dia smooth je keluar. Kita sbg mak bapak sedih campur terharu bila tgk anak dah tak sakit mcm selalu. Sekarang dah masuk dua minggu dia berak lancar je. Kita pun dah tak rsau dah. Bukan setakat sistem penghadaman dia dah lancar, anak pun mcm susah nak sakit. Biasa kena air hujan terus demam. Ni elok je kena hujan tak sakit apa². Makin sihat ada la. Sape ada masalah anak sembelit mcm anak sy bolehlah cuba amalkan air kelapa. Byk sgt khasiat air kelapa ni selain boleh menguatkan antibodi kita

Read more
undefined profile icon
Write a reply
Load More Posts