
Beberapa hari ni, banyak baca luahan pasangan.
Usia perkahwinan aku masih pengantin baru (bawab 10 tahun = masih dlm berkenalan dgn kehidupan perkahwinan bak kata Ustaz Muhammad Al - Amin). Sebelum nikah, aku dah menghadap kes-kes rumahtangga. Ada yg perlekehkan, kata; "boleh ke hadap kes sedangkan kau single". "Kau tak tahu hal rumah tangga" . Ada yg bagi semangat; "elok kau hadap kes-kes macam ni, at least ada pengalaman untuk hadap keluarga sendiri nanti dan pilih pasangan yg elok." Aku dengar dan cuba hadam. Akhir-akhir ni, beberapa ahli TAPS luahkan pasal diri diuji dgn pasangan yg pengotor lah, itu lah, ini lah... Apa kata kita baca ni... https://www.facebook.com/100053855166739/posts/1063289132142916/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v Mudahan sama-sama bermanfaat
Read more


MRI KEPALA BABY SBB UBUN LAMBAT TERTUTUP
Assalamualaikum.. Hi Moms.. Hari ni sy scan ultrasound dgn Dr pakar dkt hospital. Anak sy umur 13 bulan. Kena refer pakar sbb ubun kepala masih belum tertutup sepenuhnya. Hasil keputusan ultrasound Dr pakar kata kepala anak sy normal cuma mungkin jenis ubun anak sy lambat tertutup. Lepas scan sy dgn husband pergi semula ke pakar kanak2 untuk bg keputusan ultrasound tapi pakar kanak2 mintak anak sy segera buat MRI sbb nak pastikan ada air dalam kepala atau tak. Bila ditanya apa risiko MRI utk baby katanya 0.1% kematian atau terjadi sesak nafas atau mungkin juga terjadi allergy pd baby sbb sebelum MRI baby akan disuntik cecair biru dan berpuasa semalaman. Tindakbalas cecair tu yg akan memberikan kesan pada baby. Baby juga akan diberikan ubat tidur yg akan bg kesan pada baby juga sma ada muntah atau sebagainya. Anak sy tiada simptom hydrocephaly dan pakar dah check pembesaran anak normal. Tak pernah muntah atau sawan. Alhamdulillah. Pakar ultrasound sendiri sahkan kepala anak sy normal tapi disebabkan ubun lambat tertutup bahagian pakar kanak2 keep pushing us utk MRI. Sebagai ibu yg menjaga anak setiap masa sy yakin anak sy sihat dan normal macam Dr pakar ultrasound kata. Cuma mungkin progres ubun dia slow sikit berbanding baby lain. Pada pendapat ibu2 semua perlu ke sy buat MRI dan risikokan kesihatan anak demi kepuasan org lain? Anak sy langsung tiada simptom hydrocephaly (kepala besar) seperti muntah, bantut, kurang selera makan, mata takda eye contact atau sebagainya. Anak sy alhamdulillah progres sgt smooth. Syukur pd Allah. Ada tak ibu2 yg baby pernah buat MRI? Boleh sharekan ke? Risau sangat. #anak_first #First_Baby #PleaseAdvice #Needadvice
Read more

Maaf gambar agak kotor. Ini 1st time jadi sy agk risau. Before this baby sy fully breastfeeding tapi since last week sy dah start campur FM(dutchbaby) utk baby sbb sy berkerja dan susu mula kurang. Risau baby x cukup susu. Siang baby minum FM then mlm BF. Baby minum susu mcm biasa tapi since 3 hari lepas baby mcm cirit-birit. Baby active, menyusu pun mcm biasa cuma semalam pengasuh bgtau agk kurang menyusu.Perlu tak sy bawa baby ke doctor? Sy plan nk tukar FM tapi belum tau nk tukar ke brand apa🥺🥺#SeriusTanya
Read more