Hi khamis lepas saya spotting, darah warna coklat. Dr tak scan pape pun untuk check baby tapi cuma bagi Duphaston (sebab sehari sebelum spotting dah pegi check up) tak tahu la mungkin sebab tu ke dr tak scan. Saya punya nauseous and letih pun makin teruk dan selera makan terus decreased. Risau sangat. Makin menjadi jadi lepas ambik Dusphaston tu. Mommies ada tak pengalaman spotting ? Boleh share sikit ? Tertanya pulak baby okay ke tak ? Kenapa dr tak scan and so on. Alang alang tu boleh share sekali tak tips nak kurangkan letih badan dan nak tingkatkan selera makan ? #firstmom #pregnancy
Read more

Hi mommies. Nak tanya, normal ke baru 6w5d dada rasa berat nak tarik nafas? Masa mandi, susah betul nak bernafas, rasa mcm berat dada. Mcm penat betul mandi padahal slow je mandi. Biasa yg dah 2bd-3rd trimester yg mcm ni, tp sy masih awal lg tp dah rasa mcmni. Ada yg ada pglm mcm ni? #firstimemom
Read more



Hari ni dah 10w. Minggu lepas pergi kk sebab doctor nak double confirm balik, sebab first appointment pergi tak nampak jantung. Jadi pergi lagi selasa lepas. Yang terkejut doctor tanya kita “awak ada fibroid eh?” Haa sudah. Saya bukan tahu. So doctor minta refer ke hospital. Tgk scan tu 5cm fibroid tu. Khamis saya pergi, sebab alang2 ada check up gigi. Bila pergi hospital, mereka bg surat kata tak perlu ke sini, hanya ke kk je nanti bulan dpn. Cerita dekat mak, mak bawa pergi private pakar. Bila pergi, pakar kata buat transvaginal sebab 10w better ikut bawah. Sekali masuk je terus dia kata “haa nampak terus fibroid ni. Besarnya 7cm” ☹️ kedudukan tak cantik, sebab dekat bawah area pundi kencing. Baby dkt atas. Tapi bila nampak baby, dia kata elok kejadian. Dah nampak tangan, kaki, ada yolk sack, brain development pun ada. Jantung pun cantik dan time tu baby active. Doctor bagi dengar jantung. Bergerak2 dia macam melambai. Tak tahu nak gambarkan perasaan time tu. 🥺🥹 Cuma bila fikir pasal fibroid ni jadi down. 😔 begitulah pengalaman saya. Mana yang ada pengalaman fibroid boleh share bersama. #firsttimemom #pregnancy
Read more


