




DEGUPAN JANTUNG BABY TIADA DAN BABY TIDAK MEMBESAR
Assalamualaikum/slmt pagi.. Kalau ikutkan kandungan 14 minggu hrini. Semalam saya pergi check dan repeat scan baby. Sbb dah 3 hari ada keputihan bertali xbanyak sikit sangat. tp bercampur dengan warna kecoklatan. Saya risau tu yg gi scan semalam. nasib baik ada tempat scan hanya rm25 sahaja iaitu di klinik Aliyaa Desa Tasik, Sg Besi KL. Semalam scan result mengejutkan saya dan dpt tau baby membesar ukuran nya sama mcm bulan lepas dan tidak spt minggu ke-14. Bila doc tengok jantung pula, xjumpa xdpt dikesan. Doc klinik buat referral letter ke hosp utk confirmation dan tindakan lanjut. saya terus ke hosp utk rasa lebih yakin. di hosp juga kenyataan doc sama. check juga keputihan tiada infection. doc minta tunggu 2-4minggu jika ada keguguran sendiri. jika tiada minta ke hosp utk bantuan doc. Allahu saya menunggu anak ke-2 ni 6 thn dan suami dan anak pertama saya excited sangat. Tp apa kan daya. Allah lebih tahu akan kehendakNya adalah yg terbaik utk saya dan keluarga. #sharing
Read more


