Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
23.9 K following
Tips Bersalin Mudah & Kurang Sakit
Alhamdullillah selamat melahirkan zuriat ke 3 pada 10 hb lepas (betul² baby ikut due date). Masuk wad belum sakit tapi dah keluar tanda dan bukaan 3cm, tengahari. Doc kata takda progress akan di induce. Start tengah malam jam 10 begitu tiba2 sakit makin intense tanpa sempat induce. Nurse cek bukaan dah 6cm. Masuk Labour Room jam 2.10 pagi, bersalin jam 246 pagi. Kurang satu jam Alhamdullillah. Tips yang boleh saya kongsikan untuk mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan bukaan jalan antaranya ; ✅Waktu datang sakit kontraksi, baring mengiring ke kiri. Kekal bertenang. ✅ Amalan makan Kurma sepanjang kehamilan. Memudahkan proses bersalin Insha Allah ✅Kalau taklarat tahan sakit waktu baring, teruskan berjalan² pusing wad selagi belum masuk LR. Ini bantu buka jalan cepat. Sambil kawal nafas. Jalan slow sambil pujuk baby keluar elok² naaaa. ✅Pernafasan sangat penting jaga. Wajib. Waktu datang kontraksi, cuba bertenang. Senyum tau (hormon keluar bantu relaks), sambil tarik nafas dalam² dan lepaskan perlahan². Sangat bantu kurangkan sakit. Walaupun masih sakit, anda boleh kekal statik bertenang, tak menendang² 😂 waktu baring di LR. (pengalaman kalini memang berbeza berbanding anak no 1&2 saya). Alhamdullillah Tabarakallah ✅Sambil sakit dtg, perbanyakkan zikir Nabi Yunus (La Illa Hailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minnazzolimin) & Surah Al Fath Ayat 1 ( Inna Fatahna Laka Fathan Mubina) ✅Perdengarkan banyak2 dari awal mengandung hingga saat hujung melahirkan, Selawat Masyisyiah (InshaAllah sangat berkat, dan memudahkan) - Saya pasang ini dengar di telinga sepanjang di wad sementara menunggu masuk LR. Hafal lebih bagus. ✅ Tunggu arahan bidan @ doc. Jangan teran terlalu awal. Waktu saya, bidan kata dah boleh teran, baru kita teran cepat². Sekali push habiskan tenaga. Jangan jerit, nangis, atau bising. Buang semua tenaga melalui teran itu. InshaAllah. Selamat melahirkan semua ibu². Alhamdullillah rezeki juga bersalin di Hospital Kajang, staff nurse dan bidan (macam Mak2 sangat) semua sangat baik. Tiada paksa, takda yang kasar. Semoga Allah saja yang membalas segala kebaikan kalian.
Keluar macam milky discharge dkt panty yang menitis.
Hai semua, saya due 15/2 ni, tapi harini ada keluar mcm milky centu, warna mcm putih kuning. Keluar sikit sikit tak banyak. Tapi sentiasa ada. Kalau keputihan sllunya dia tak secair tu. (Maaf kalau ada yg tak selesa dengan gambar)
bawah abdoman rasa ngilu
hi mommies, saya dah 38 minggu 4 hari. sekarang ni saya rasa ngilu sangat bawah ni. normal ke rasa macam ni? kenapa rasa macam ni ya?
sonsang 37w3d
37w3d susa hati sbb baby dalam perut sonsang tunggu hari jk lgi ya Allah permudahkan lh
Scan kepala kandungan
Hi, mummies. Saya pregnant 39w - 1st baby. Hari ni ada buat scan kat kk and doc inform ada something suspicious - bentuk bujur (rujuk gambar) di bahagian kepala bayi. Khamis 15/2 refer ke o&g hosp untuk jumpa dengan pakar. Tapi kita as a mom surely ada perasaan risau and nak tau apa kan. Ada mummies lain yang pernah mengalami ke? Boleh share experience. Tqsm 🥹
salam mommies. Ada tips tak untuk baby yang suka mengempeng?
Anak saya suka mengempeng sampai termuntah muntah. Saya risau masuk ke paru paru ke apa. Semalam muntah sampai keluar melalui hidung sebab nya dia nak mengempeng. Bila saya tarik dia akan mngs sekuat hati, Saya pun tak larat nak layan. Saya decide nak bg paci tapi family larang katanya masih terlalu awal tapi saya dah stress malam2 saya yg kena hadap baby mngs nak mengempeng so mommies ada tips lain tak😭
Makan sardin
Boleh ke makan sardin dalam pantang 30 hari ... tadi termakan sampai lupa tgh pantang .. ada effect pape ke nti ..
Sakit bahagian bawah
Dri 36wks dah mula rasa sakit2 kat pinggang dgn kat bwah tpi x lama. Skg nak msuk 38wks sakit tu dah t'tmbh pula😆sakit kdg smpai kat punggung, tpi sblm ni mmg ada mslh mbuang n buasir. Mmg normal ke klu sakit tu kdg smpai ke punggung #firstmom #firstbaby
DAH NAK MSUK 38WKS
Nervous nya😆dah nak msuk 38wks tpi tanda² bersalin tu blm ada, cuma sakit biasa² jaa. Klu xda juga tanda 39wks6dys dah kena srh serah diri risau juga😆ada x tips dri ibu² utk cpatkn bukaan dsb #firs1stimemom #firstbaby #bantusharing
ada rasa mual
hi, korang pernah tak rasa mual cam nak muntah masa dah 37minggu keatas? #bantusharing #ingintahu