Cara urus anak sebelum g kerja

Working mommies boleh tak share jadual atau cara masing-masing urus anak sebelum pergi kerja. Maternity leave dah nak habis ni lagi 2 minggu. Saya takde idea langsung haha sebab ini anak pertama. Nak baca sharing dari mama mama yang berpengalaman dalam bab urus anak ni. Tak kisah la hantar anak ke pengasuh atau mak atau MIL yg jaga. Nak tau juga pengalaman mak mak yang bekerja ini. Thanks tau #firstbaby

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Baby below 6 months, sy hanya prepare baju2 dan keperluan die. Air panas, air biasa dan susu formula sy akan siap kn dlm bag baby. Baby sy minum air yg dimasak. Kalau rumah pengasuh, die guna air coway, anak sy x sesuai, tu kena sediakan air panas. Botol susu siap2 kn dlm 4- 5 botol. Pengasuh x perlu basuh, hanya bilas sahaja. Bangun pukul 5am untuk prepare brg2 die. Masuk 6 bulan ke atas, bangun lg awal sbb sediakan makanan die, pukul 4.15am dah bgn. Hari2 sy buat bubur fresh, sy jenis x suka bubur simpan freezer. Mcm biasa juga sediakan brg2 dan keperluan die. Sy buat fresh dan panas2, by the time pukul 11am pengasuh bg anak makan, bubur masih suam. Sy elakkan panaskan makanan Baby guna microwave. Sy sediakan makanan baby hari2, Isnin sampai Sabtu sy bekerja, sampai baby umur 2 tahun. Pagi2 suami akan hantar baby ke pengasuh biasa mmg x mandi, hanya bg bersih, diapers semua bersih. Umur 2 tahun, baby dah masuk playschool. Masih bgn awal sediakan brg2 die. Cuma x masak makanan die sahaja. Pukul 6am baby dah bgn untuk mandi. Atas 2 tahun, parent kena mandikan anak sebelum hantar ke playschool. Skarang anak 2 tahun 5 bulan, sy rasa relax sikit sbb x sediakan makanan die. Dah boleh makan family food. Dan die pun dah minum susu full cream. X de bancuh2 susu formula lg. Tp ttp guna botol susu. Sy gerak ke tempat kerja pukul 6.30am. Balik pukul 5pm sampai rumah 5.30pm ttp mandikan anak walaupun playschool die dah mandikan sebelum sy ambik die Sy akan tgk sama ada die kotor atau bersih. Die akan dinner skali dgn sy dan husband dlm pukul 6pm lebih, pukul 8pm kitaorg dah siap2 tidokan die. Sbb esok akan bgn awal pagi. Rutin dari hari isnin sampai sabtu. Sabtu mlm ahad baru free sikit.

Baca lagi
2y ago

Tu lah awak. Itu Ini hari2 tgk anak sy dah pun besar. 😆 😅 Nnt awak pun akan alami juga. Just enjoy sahaja journey nie. All the best yeah. 👍