Cara urus anak sebelum g kerja

Working mommies boleh tak share jadual atau cara masing-masing urus anak sebelum pergi kerja. Maternity leave dah nak habis ni lagi 2 minggu. Saya takde idea langsung haha sebab ini anak pertama. Nak baca sharing dari mama mama yang berpengalaman dalam bab urus anak ni. Tak kisah la hantar anak ke pengasuh atau mak atau MIL yg jaga. Nak tau juga pengalaman mak mak yang bekerja ini. Thanks tau #firstbaby

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy working mom & pjj dgn husband. sy ada 2anak. anak 1st (2tahun4bulan) & 2nd (7bulan). sy kerja dr 7.20am - 4.30pm cara saya hari ahad. saya akan prepare baju anak2 siap2 dlm beg utk dihantar ke pengasuh. susu ebm utk anak 2nd sy, sy akan masok dlm botol storage siap2 letak dkt chiller. dn mknn baby 2nd pon sy prep siap2. esok dkt rumah pengasuh, pengasuh akan panaskan. isnin sy akn bangun seawal 5pagi. sy akan masok kn susu ebm dlm coolest bag. lepas tu prepare pump susu utk bwk ke office. dlm 5.30am sy gerak anak2. dn tukar pampers siap2. kalau baby berak sy akan terus mndikn baby tukar baju baru. dlm pkol 6 sy keluar rumah dn hantar anak2 ke pengasuh. balik kerja terus ambik anak2. kemudian smpi rumah sy akan siap kn utk bawak esok pula ke rumah pengasuh. itu la rutin sy setiap hari.

Baca lagi
2y ago

Super mom betul awak sis ada dua orang anak kena handle plus pjj lagi. Semoga semua urusan anak beranak dipermudahkan ya 🤲🏼 Terima kasih ya sis atas perkongsian sis 😍