Ujian Kehilangan Anak

UPDATE : Pada tarikh harini (5/5/2023). Berkenaan post saya tentang Subchorionic Hematoma yang berlaku kepada kandungan saya dari 13 minggu pada September 2021, dukacita saya maklumkan, saya kehilangan bayi pertama saya pada 19 minggu. Sebaik post tersebut dibuat, saya leaking air ketuban dan saya decide untuk Termination Of Pregnancy (TOP) Procedure, kerana baby dah stop tumbesaran akibat tiada air ketuban. Dan pada 23/3/2022. sekali lagi saya dan suami diuji, tiada sebarang komplikasi semasa mengandung. tetapi bayi gugur pada kandungan 19 minggu juga. Hari ini, saya baru disahkan mengandung kali ketiga, setelah setahun lebih redha dengan kehilangan kedua-dua bayi kami berturut2. Kalini saya dan suami lebih bersedia mental dan fizikal serta kewangan. Setelah bermacam artikel saya baca berkenaan kes saya, saya suspek mempunyai Cervical Insufficient. Jadi sebaik sahaja pregnancy test menunjukkan positif, kami terus hubungi Klinik Dr Imelda Balchin untuk set appointment. Kami tau ini adalah ikhtiar terbaik yang boleh kami lakukan. Mohon doa dari semua agar kandungan ini sihat dan sempurna sehingga dilahirkan.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Allahuakbar.. kuatnya sis.. sy yg gugur haritu pon dah rasa mcm separuh nyawa hilang.. semoga kandungan sis kalini sihat sempurna dan kuat sampai dilahirkan nanti.. amin..

2y ago

masa 1st time kehilangan anak tu, ambik masa sebulan untuk redha dan terima hakikat. bila kali kedua terjadi, saya cuma ambik masa 2 minggu utk okay. sebaliknya, saya banyak isikan masa dengan mengaji quran semasa bersedih. Allah uji ikut kemampuan saya. Alhamdulillah syukur dengan ujian ni.