Dari 6m now 1y3m taknak makan langsung

Update from 4months ago, I pernah update kt sini (gmbr kt bawah) now my son already 1y3m. Still no improvement. Pun taknak makan juga. Still fully bf. I dah buat semua macam org bgtau. Menyusu hanya sekali sehari je. Bersih mulut/gigi/lidah hari-hari. Still taknak makan jugak. I dah tktahu dah level stress i di skala brp dah hahah, dari baby sampai ke besar duk hadap dia taknak makan. Tolong ye jgn bgtau I "budak biasa la mcm tu ada hari dia nk makan, ada hari taknak makan" uolls punya anak takpe mmg ada episode nak episode taknak. Anak I ni bukan episode ke apa dahhh, dia FROM BABY TILL NOW 1y3m TAKNAK MAKAN LANGSUNG. Masak masak hari2 kemain sedap, pasta buttermilk/aglio olio yada yada yadaa plating semua cantik2. Plating aku buat very instagrammable ye!! Nak pujuk anak bg menarik punya psl. Still no result from him. Penat aku penat ya allah. Yang tahu hanya baling baling baling!!! Tak masuk mulut pun. Sia sia aku buat segalaaaaa!! Messy eating dari 6m lagi tau. Ada time dia masuk mulut, kena lidah sikit je dia terus luah balik. Kenapa anak aku mcm ni.. seems like he has sensory issue but I dah clean his mouth everyday. I dh stop segala rice puff biskut beras apa semua sbb dia cuma nak makan biskut beras je sbb crunchy, tapi bila I buat crunchy finger foods salut breadcrumbs apa semua TAKNAK PULA MAKAN. Sebiji nasi mmg tak masuk langsung dlm tubuh dia sehari sehari. Gigi dah ada 8batang. Oh not to forget, mulut banyak. Dia dah ada 15+ words already. Pandai tiup trumpets/whistle. Cuma makan sahaja yg taknak!!! Aku stresssssss. I always buat waktu makan bagi seronok no stress timee buat muka happy happy enjoy the moment, aku takda marah ke apa. Tak buat dia stress pun. I terpaksa buat nasi impit celup tepung, macaroni celup tepung. Goreng kosong gitu. Kelakar kan????!! Sampai begini sekali tau sbb nak bg carbo masuk tubuh dia. Dia suka la gitu sbb crunchy. Tapi still ye, dia makan 3-4biji je macaroni/pasta tu. Protein tkyah cakap la, mmg taknak langsung. Pergi kk je nurse asyik bgtau berat dia ok tk merosot sangat. Ye, mmg. Berat dia naik. Aku pun pelik tau. Menyusu sekali je sehari. Apa hebat sangat susu aku ni!! Nak tidur mlm baru menyusu balik. Sleep schedule dia 7pm-7am. Naik 100g mcm tu je. 1y haritu 8kg. Tp tk normal la kalau ikut malaysian chart tu, dia just 8.4kg je 1y3m baby boy. Dah berjalan dari umur 1y. Now dh nak berlari. Makin aktif. Makan je taknak. He's normal, all hits milestone kecuali MAKAN. Tang bercakap banyak words tu pun pelik juga, mulut rahang mcm mana boleh kuat sdgkan makan pun taknak kan tak begerak otot mulut tapi words banyak. Ya allah anak aku semua benda pandai tauuuu KECUALI MAKAN 😭😭 suruh

Dari 6m now 1y3m taknak makan langsung
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Makan sambil main permainan yang anak suka pernah buat tak ? Tips saya bila anak langsung tak nak buka mulut , saya akan try mainan yang ada kat rumah , yang mana satu dia minat nak main , bila tengah leka main saya akan suap makanan tu . Saya selalu bawa anak keluar petang petang , bila anak tengah main kat luar atau seronok main kat taman saya akan keep try suap anak , lantaklah orang tengok macam pelik tapi bila anak tengah main ada masa mood dia buka je mulut bila suap , then saya selalu petang petang bagi anak main air paip kat luar rumah , bagi keluar air kecil je sebab budak kan suka main air , sambil anak main tu saya akan keep try suap makanan kat anak , memang penat sebab kena ikut rentak dia tapi bila tengok anak buka mulut , makan , memang lega . Boleh try my few tips .

Baca lagi