4 Balas

Bila confinement lady bersalin dengan saya, saya bagi nasihat: Selepas bersalin, semua jenis sayur-sayuran, semua jenis buah-buahan, seafood, telur, ayam, daging yang biasa dimakan tu boleh dimakan selagi tiada food allergy. Tak payah pantang-pantang makanan berkhasiat. Telur, ayam dan seafood bukan penyebab nanah atau kegatalan - itu Mitos. Saya juga bagi nasihat boleh minum air secukupnya, 2-3 litre sehari, boleh minum susu, boleh makan roti, boleh makan breakfast cereals, tiada larangan. Minum air bukan penyebab faraj becak - itu Mitos. Makan roti bukan penyebab rahim kembang - itu Mitos. Nak buat susu secukupnya untuk bayi, ibu perlukan 500 kalori tambahan sehari jadi jangan sekat-sekat apa ibu makan supaya boleh berjaya exclusive breastfeeding untuk 6 bulan sebelum bayi mula makan. Susu ibu ialah susu terbaik walaupun bayi ada jaundice, kembung, demam, cirit-birit, selsema, susu ibu tetap terbaik. Selagi ibu boleh membuat cukup susu untuk bayinya, selagi itu tak perlu pun susu formula. Bayi hanya perlukan tambahan susu formula atas nasihat doktor jika ada masalah hypoglycaemia (bacaan gula rendah) selepas bersalin, jika ada dehydration, jika ada jaundice yang teruk, jika ibu ada masalah menyusukan bayi atau jika susu ibu tidak mencukupi. Ibu boleh tidur apa-apa posisi yang selesa untuk ibu, tidak kira bersalin Caesarean Section atau bersalin normal, nak tidur mengiring pun boleh, nak tidur baring pun boleh, tiada halangan selagi ibu selesa. Jangan bimbang rahim senget ke tak senget, itu bukan satu masalah kesihatan dan rahim akan tetap mengecut ke saiz asalnya dalam masa 4 hingga 6 minggu selepas bersalin juga, tidak kira apa posisi tidur ibu. Hanya untuk ibu yang ada risiko tinggi venous thromboembolic disease iaitu risiko darah beku di dalam saluran darah, saya akan cadangkan TEDS (thrombo-embolic disease stockings) tetapi untuk ibu-ibu lain ikut suka lah nak pakai setokin atau tidak. Ikut suka dan keselesaan ibu nak pakai baju tebal ke nipis, nak pakai seluar ke kain, nak pakai bengkung atau tidak, nak mengurut atau tidak, nak bertunku atau tidak, nak buka kipas ke tidak, nak buka aircond ke tidak, nak minum air sejuk ke panas, nak minum air ais atau tidak, nak ikat rambut tocang ke tidak. Tiada paksaan atau larangan. Minum ais bukan penyebab rahim kembang atau becak - itu Mitos. Jangan tak mandi dan tak basuh rambut sebulan ya....kebersihan diri itu sangat penting untuk kesihatan fizikal dan emosi. Hanya ada 6 pantang: 1) Pantang semasa darah nifas dari bersolat dan hubungan kelamin mengikut feqah Islam hanya sehingga darah nifas kering dan berapakah hari nya berbeza untuk setiap individu (bukan pantang 44 hari) 2) Pantang merokok dan asap rokok (termasuk nicotin vape) 3) Pantang minum alkohol 4) Pantang makan ikan yang ada pencemaran mercury yang tinggi seperti ikan laut dalam besar-besar (ikan jerung, ikan swordfish/todak, ikan marlin, ikan king mackerel, ikan tenggiri besar) 5) Pantang makan Junk food. 6) Pantang Stress: Jangan menyusahkan diri sendiri jika tak mahu buat apa yang tak perlu buat Tiada makanan atau minuman penyebab bentan - itu Mitos. Jika ibu ada pendarahan banyak, jangkitan kuman, kemurungan, buasir, sembelit, bengkak susu, varicose veins, tekanan darah tinggi, diabetes atau apa-apa masalah perubatan kami akan beri nasihat rawatan. Kalau Tiada Masalah, tak payah ambil apa-apa ubat. Patient confinement lady saya kata kat saya OK, memang dia memilih nak ikut nasihat saya. Dia kata sebenarnya dia tak amalkan adat berpantang pun untuk diri sendiri, hanya kalau client memilih untuk Berpantang Tradisional dia akan beri perkhidmatannya. Ooo saya jawab serupalah macam saya, kalau patient nak beranak 10 kali, ikut suka dia lah, boleh saja bersalin dengan saya dan dapat perkhidmatan saya, tapi saya tak mau lah bersalin 10 kali. Kaaannnn Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Dr Imelda Balchin Pakar Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine

makan jelah sis mcm biasa if xda alahan... kena makan yg berkhasiat... ada protein.. ada sayur ada buah buahan.. mcm saya sebelum ni bulan 12 tu saya berpantang.. sya makan je apa apa... sya makan nasi kerabu la.. nasi ayam la.. mertabak.. roti canai... sup mihun.. ayam rendang.. daging masak kicap... slgi xde alahan... makan je penting sis Happy n susu badan pun meriah.. kena Try & error Ye..

kalau ikut org dulu2x mmg kena pantang lama juga n ada yg boleh makan ,ada yg tak even dah habis pantang pun. just kena try & error sbb badan kita lepas bersalin lain dah. saya mampu tahan time pantang je, tapi time pantang pun ada juga la langgar sikit.

selagi awak xde alergik dgn apa2 makanan awak boleh je nak makan. pastikan yg awak mkn tu makanan seimbang. boleh follow page fb doctor imelda balchin pakar o&g. doctor ada share pasal pemakanan pantang ni dan cara penjagaan luka.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan