Patut ke campur?
Untuk naikkan berat baby sebab kat graf da kat kuning, perlu ke saye campur fm bagi berat baby naik? Saye hanye perlukan pendapat. Hahaha saye pernah tanye kat sini sebelumni tapi seakan kene marah pulak 😅 #firstbaby #firsttimemom
Paham sis. Yela kita mmg nak terbaik kan utk anak, jadi bila tgk graf berat/bmi menurun ibu mana yg tak susah hati. Walhal kita dah cuba sedaya upaya untuk nak fully bf kan. Cadangan saya, puan cuba bf baby 10 minit keatas supaya baby dpt 'hindmilk'. Tapi sebenarnya takda waktu yg khusus pun utk tentukan bila hindmilk dan foremilk ni, tapi nak bagi betul puas hati gitu lah, susu kan je 10 minit keatas. Sebab badan org lain². Baby saya menyusu skjp je dah kenyang sbb bila saya pam hanya 10% foremilk selebih nya 90% semua hindmilk. Boleh jadi hindmilk saya minit 5 dah kuar hindmilk. Hindmilk ni lah yg akan menambah berat badan utk baby kita . Selain tu puan cuba makan makanan berkhasiat, banyakkan sayur sayuran dalam makanan. Elak junk food etc, sbb nak produce nutrien yg baik kan utk susu badan kita jadi kita pun perlu makan sihat². Pastikan baby awak mempunyai lampin basah 6 kali sehari minimum. Cek lekapan baby awak, betul ke tak. Kdg² lekapan baby tak betul boleh jadi tak dapat susukan dengan betul dan baik. Akhirnya, kalau dah mmg berat anak menurun dgn banyak dan anak nampak sakit dan lemah, then its the time awak kena campur formula. Sebab boleh jadi anak awak memang tak dapat susu dengan betul. Tapi make sure cuba bf sebaik mungkin macam yg saya cakap diatas. Jangan sampai menyeksa anak dengan berkeras taknak bagi formula walaupun berat anak menurun mendadak. Kita ibu tugas kita untuk memastikan anak kita fully fed dengan baik. Kalau akhirnya anak jatuh sakit , berat bdan menurun, kurus kering, adakah kita ibu yg baik semata mata tak nak campur formula? Saya ingat lagi saya baca kes bayi yg menyusu ibu tapi sebenarnya tak dapat susu ibu dia akhirnya baby meninggal disebabkan dehidrasi, berat jatuh mendadak, ibu tu cakap, andai dia memberikan walau satu botol susu pasti anak dia masih hidup sekarang. But at the end, its your choice, awak ibu awak tahu yg mana baik utk bayi awak. Susu ibu adalah susu yg paling baik yang pastinya, cuma bila berat menurun dan anak nampak sakit cuba check apa yg tak kena.
Baca lagiHi puan 😊 pendapat saya, puan cuba periksa lekapan bayi ketika direct feed kemungkinan bayi tak melekap dgn betul ketika menyusu menyebabkan dia tak dapat susu secukupnya. kalau puan nak kepastian puan cuba minta pertolongan lactation counselor atau nurse yg pro breastfeeding. maybe bayi ada masalah tongue tie jgk yg buatkan dia susah nak melekap sebaiknya. 2. jika tiada masalah lekapan, puan kena pastikan puan menyusu anak pada sebelah breast sehingga breast terasa ringan ( min 20-max30 min) sebelum tukar breast lain. ini untuk make sure bayi dapat hindmilk secukupnya. hindmilk ni tinggi lemak yg bagus untuk naikkan berat badan anak. 3. puan pun kena make sure makan makanan yg sihat dan seimbang, banyakkan protein. cukup minum air. sebab bila menyusu ibu senang dehidrasi dan boleh effect jgk penghasilan susu. 4. berat anak tak naik ni bukan sebab susu je, mungkin anak tidur tak cukup. bayi 3 bulan tidur 15 jam. dan ada naps pada waktu siang 2-4 jam. mungkin selama ni anak puan tidur kerap terjaga2 buatkan dia tidur tak berkualiti. 5. Puan kena yakin, susu ibu yang terbaik. ini satu perjuangan. 💪💪💪jangan stress2 puan, mommy breastfeeding kena happy2 supaya susu puan tak drop. 6. jika puan dah cek semua ni, terpulang pada puan kalau nk campur fm. saya yakin setiap ibu nk yg terbaik untuk anak. it wont make you less as a mother. 😊
Baca lagiFormula ni tak salah pun. Kalau boleh breastfeed just go on. If nak formula pun go ahead. Pilihan atas sis sendiri. Kalau yg marah2 tu dia lah terpaling mak. Mmg lah susu ibu yg paling baik tapi kalau dah kita terpaksa or kena topup or mix formula just do it. Mcm i baby berat naik berapa gram je doctor i siap suruh topup formula. Just formula ni kena try and error kadang baby tanak minum kadang yg baby terima tu kat perut baby pulak tak kena nanti sembelit lah cirit birit lah. Botol susu pun main peranan jugak. So now i mmg nak kenalkan baby dngn bottle and formula smpai sekarang x jumpa2 lagi so i still breastfeed je.
Baca lagisy pn bagi fm jgk. tp tak suka warga tap ni duk label2 org itu ini.. raikan jelah pendapat org.. dah tanya pendapat org kat tempat public, kena la bersedia utk terima ideas yg kita terima @ bertentangan dgn kita..
Siapa marah awak dulu? Marah sbb nk campur FM ke?? Ibu ibu mcm tu awak buat tak peduli je. Depa tu mmg selalu acah terpaling breastfeed. Kita ni yg penting kena pastikan anak cukup susu tu je. Susu badan ke, susu formula ke, tak kira yg penting dia kenyang. Campur je awak. Tak yah runsing runsing.
Baca lagiBetul yg penting ank2 sihat in shaa Allah Aamiin
baby berapa bln? tpulang pada sis klu nk cbe.. cuma nya klu baby da lme bf, ade kmungkinan utk baby tolak botol.. so mgkin kne take time jgak utk pujuk baby terima botol & cri susu formula yg ssuai..
Baru 3 bulan. Ohh okay, sebab ade terbace takpe asalkan baby sihat, tapi terfikir, kurang berat badan kategori sihat ke tak
Baby sy pun berat kurang (NB). Sy campur fm & breastfeed, alhamdullilah berat makin ok.. kalau x merah je buku tu.. bg susu ibu dlu, baru bg fm.. kerap susukan dia..insyallah..
terpulang. cumanya yg awak kena tahu susu fm ni awak kena try and error. sampai jumpa yg serasi dgn baby awak. kena alert juga dgn tanda2 alahan susu fm dkt baby😊
campur je sis..🥰msa awl2 sy pn campur susu fm.sbb nk berat bby naik cantik.tp lma2 bby yg xnk susu fm.skrg dia full bf sbb xnk susu fm da
utk bby sy bg susu ducthbaby je.alhamdulillah sesuai kt bby.
campur fm berat tak jejas pun, rupanya susu cukup je, tp kena jaga jadual tidur dia..
polar tido anak awak okay x? baby dapat tido yg cukup tak?