Nak beli pam atau pergi kelas penysuan?

Untuk ibu kali pertama, mesti tak sabar nak tunggu kelahiran anak kan? Saya faham sangat perasaan nak sambut orang baru. Rasa gembira, bahagia dan berdebar pasti semua ada. Semua persiapan baju, lampin dan kelengkapan berpantang dah ada seawal 6 bulan lagi. Tapi, bagaimana pula persiapan untuk menyusukan anak? Ini yang ramai ibu tertanya-tanya. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ถ ๐—ฝ๐—ฎ๐—บ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ? ๐—ฃ๐—ฎ๐—บ ๐—ท๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐˜€ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ? ๐—•๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐˜‚๐˜€? ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ธ๐—ผ๐˜€ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ? Jika tanya pendapat saya, salah satu persediaan keperluan untuk menyambut kelahiran bayi terutama anak pertama adalah persediaan untuk penyusuan ibu. Melabur dan belanjalah untuk tambah ilmu atau ke kelas penyusuan kerana ianya adalah salah satu faktor kejayaan penyusuan ibu. Dalam pantang, fokus untuk direct feeding bayi paling kurang 2minggu, kemudian sebulan. Tidak perlu memerah jika tiada keperluan seperti ibu dan anak berjauhan sebab warded dan sebagainya waktu itu. Kemudian, 2 minggu sebelum ibu masuk bekerja, bolehlah memerah untuk buat stok pula. Namun, tak salah jika ingin beli kelengkapan pam sebelum kelahiran. Ini adalah contoh situasi ibu yang ada masalah bajet dan perlu buat pilihan samada belanja untuk kelengkapan pam atau belajar ilmu penyusuan. Malah, ada juga kelas penyusuan secara percuma di klinik, hospital dan online. Pam yang mahal tidak menjamin kejayaan penyusuan ibu. Tetapi dengan ilmu dan pengetahuan tentang cara penyusuan yang betul, ibu tetap boleh menyusukan anak tanpa pam. Boleh follow fb sy: Fadzielah Ayub, Pembimbing Rakan Penyusuan Anda Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA #mbfpca

Nak beli pam atau pergi kelas penysuan?
2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kelas penyusuan

VIP Member

kelas penyusuan