4 Balas
"Zikir Amalan semasa Hendak Bersalin / Sakit Kontraksi / Contraction Pain " Doanya adalah doa Nabi Yunus tatkala berada dalam perut ikan yu atau paus :- “Lailaha ila anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin” Maksudnya : “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.(Surah Al-Anbiya’ : 87). Doa ini elok dibaca oleh isteri semasa rasa sakit hendak bersalin. Ulang doa ini berulang kali. Bagi suami pula bacalah juga doa ini berulang kali semasa sedang menunggu isteri hendak bersalin. Niatkan supaya Allah mempermudahkan jalan keluar bagi kandungan tersebut. Sesungguhnya al-Quran itu adalah penawar kepada segala masalah yang dihadapi oleh manusia
sis dah bersalin ka?saya pun sis dah kluar tanda darah tadi pagi. .sepanjang malam sakit macam senggugut tu..ni sakit kontraksi tak smpai 10 minit..selalu kalau keluar tanda darah ni ambil masa berapa lama ya tuk kluar baby? skrg dah otw ke hospital..
masih tunggu sakit yg sampai pinggang tu..tapi ni pandai hilang2 lg.. tp jarak sepuluh minit
semoga dimudahkan urusan awak..banyak berzikir, baca surah2 ..in shaa Allah ..dimudahkan urusan bersalin
saya hari ni 39w4d masih belum ada tanda2 nak bersalin due date 1/7. second baby.. Dr dah siap bagi tarikh serah diri seminggu 7/7 kalau tak bersalin dari tarikh due date tu...semoga urusan dipermudahkan.
sis skit contrsction mcm mana tu
sy pun xtau nk explain mcm mana.. sakit tu mcm senggugut tp lg sakit dri tu.. klau pembukaan setakat baru 2cm tu x sakit sgt lg.. bila 5cm ke atas tu, mmg kita x bole nk fikir apa dh masa tu.. ni pengalaman sy tiap kali nk bersalin..
Anonymous