Tips Menyusu

#TAPx59S Tips menyusu daripada saya adalah ibu mesti kekal positif. Tidak terlalu stress jika susu kurang. Makan makanan yang berkhasiat, minum susu, banyakkan makan sayur hijau, protein seperti ayam, ikan dan daging. Selain itu saya jadikan kurma sebagai snek harian, jangan lupa air secukupnya. Alhamdulillah susu meriah. Ingat sifir "demand and supply". Tiada pengeluaran maka tiada penghasilan. Jadi kerapkan susu bayi secara direct atau pam. Jika pam, ibu mestilah mengikut jadual pam. Sambil menyusu atau pam berzikir Dan minta Allah cukupkan susu kita untuk anak. Selama berpuasa 8 hari ni alhamdulillah susu saya masih meriah dan cukup untuk bayi saya yang berusia 67hari. Malah setiap kali pam saya dapat 4oz per sesi. Sehari saya buat 4 sesi pam selepas bayi menyusu atau tidur. Itu sahaja tips daripada saya. ??

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Terima kasih kerana berkongsi 🥰