Cara Menyusui Bayi
#TAPx59S Pengalaman, Tips dan cara Menyusui bayi. Cara menyusui bayi Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh para ibu untuk menyusui bayi anda. Maia suka guna teknik cradle hold. Pertama sekali, dakap bayi anda. Posisikan badan dan perut menghadap perut anda. Sandarkan badan dengan selesa di dinding dengan bantal. Suakan puting susu di bibir atas bayi dan tunggu dia buka mulut. Pastikan aerola atas lebih banyak kelihatan berbanding bawah. Okay sebenarnya menyusukan bayi dengan betul takkan rasa sakit. Yang penting teknik lekapan mesti betul. Ada banyak lagi posisi yang lain. Ikutlah para ibu pilih mana satu yang selesa untuk menyusui bayi. Janji mama happy, baby pun happy!
Officially Mommy