4 Balas
awak boleh refer penerangan ni. sy ambik dr fb doctor imelda balchin pakar o&g. Ramai ibu hamil tanya soalan di media sosial bolehkah menyusukan anak semasa hamil? Jawapan saya: Sudahkah anda jumpa doktor anda di klinik kehamilan untuk pemeriksaan kehamilan dan penilaian kesihatan anda dan kesihatan janin di dalam kandungan? Jika belum, pi jumpa doktor di klinik dan tanya. Jawapannya bergantung kepada kesihatan anda, apakah penilaian kesihatan anda dan adakah anda ibu hamil yang berisiko tinggi. Doktor di media sosial tak boleh bagi consultancy tanpa berjumpa dengan anda dan menilai kesihatan anda. Penyusuan tidak menyebabkan keguguran tetapi apa yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi ialah ANDA TIDAK MENJARAKKAN KEHAMILAN tidak kiralah anda masih menyusu atau tidak. Walaupun anda tak menyusukan bayi, risiko kehamilan adalah lebih tinggi jika anda tidak menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan jika dibandingkan dengan ibu hamil yang walaupun masih menyusukan anak tetapi sudah menjarakkan kehamilan melebihi 18 bulan. Risiko kehamilan lebih tinggi jika anda terhamil semasa 6 bulan pertama selepas bersalin di mana anda masih lagi menyusukan bayi secara eksklusif dan bayi belum lagi boleh mula makanan pelengkap. Jarak kehamilan yang terlalu dekat boleh menyebabkan janin di dalam kandungan tidak membesar seperti sepatutnya (bukan sebab rahim mengecut tetapi sebab janin yang berhenti membesar), masalah kelahiran pramatang, maka kehamilan ini mesti dipantau dengan lebih rapi. Jangan tanya kenapa ada doktor kata boleh terus menyusukan anak semasa hamil dan ada doktor yang suruh ibu lain berhenti menyusukan anak semasa hamil. Setiap pesakit adalah individu berlainan dan doktor pakar sudah ada latihan untuk mengenalpasti risiko yang berlainan untuk setiap individu. Makcik bawang dan penjual produk suka pukul sama rata sebab mereka tak pernah belajar menilai kesihatan individu dan bukan ahli dalam bidang, sebab itulah jika anda hargai kesihatan anda maka anda jangan tanya pendapat di media sosial. Ada ibu yang tak cukup nutrisi dan ada masalah kekurangan darah sebab baru saja bersalin beberapa bulan sudah hamil semula. Ada ibu yang masih dalam pemulihan pembedahan Caesar dan tak patut hamil terlalu cepat selepas bersalin. Ada ibu hamil yang kekurangan vitamin D dan perlu rawatan. Ada ibu hamil yang muntah-muntah dan ada dehydrasi sebab muntah-muntah maka tak boleh meneruskan penyusuan anak. Ada ibu yang loya tak lalu makan semasa hamil sehingga berat badan turun mendadak dan tidak cukup nutrisi. Ada ibu hamil yang janin di dalam kandungan ada masalah pembesaran. Ada ibu hamil yang menyusukan anak sambil-sambilan saja sebab anak sudah besar dan sudah dapat zat secukupnya dari makanan lain tetapi ada ibu hamil yang masih menyusukan anak secara eksklusif dan belum beri anak mula makan. Ada ibu yang memang ada penyakit lain yang belum sembuh maka penyusuan anak semasa hamil lebih membebankan kesihatan ibu yang memang tidak sihat. Semua faktor perlu dipertimbangkan. Di media sosial saya hanya boleh menyampaikan nasihat kesihatan secara am dan tak boleh beri nasihat secara individu untuk anda. Hargailah kesihatan anda dan jangan minta pendapat tentang masalah kesihatan individu anda di media sosial. Jangan abaikan kesihatan anda. Pi jumpa doktor di klinik. #apaapapunjumpadoktornaaaaa
sy bf anak smpai adk dia bersalin..tp bergantung pd bdn n kandungan seseorang juga rasanya...sbb sy xpernah pula shaking bila bf anak
Minta saranan doc. Bagitahu doc keadaan awak bila awak susukan anak. Tak semua ibu boleh teruskan susukan anak bila tengah pregnant.
minta nasihat doktor. kalau menyusu memudaratkan awak & kandungan, most probably doktor akan suruh wean.
fatin nadyra