Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik, First Step Child Pediatric Clinic

Keliru sama ada anak anda dijangkiti demam campak atau cacar air? Apakah risiko apabila dijangkiti cacar air? Apakah punca cacar air ini? Bagaimana nak elak anak dari dijangkiti?Sekiranya persoalan ini bermain di minda anda, atau anak anda berada dalam situasi ini, ayuh ikuti Sesi Tanya Pakar kali ini. Sebagai ibu bapa, baik ibu bapa baru atau yang berpengalaman anda wajib tahu segalanya mengenai jangkitan cacar air, termasuk mitos mengenainya. Tahukah anda risikonya amat berbahaya buat bayi kecil? Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan lontarkan segala persoalan anda kepada Dr JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic pada 18 November 2021, Khamis. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. .

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik, First Step Child Pediatric Clinic
43 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai Dr, anak saya dh sethn 5 bln 25 ari tetapi dia sat mkn nasi and sat x mau mkn nasi.tetapi dia suka mkn nasi goreng.apakh saya harus bg vitamin supaya dia boleh mkn

4y ago

Hi puan. Vitamin bukan sahaja jalan penyelesaian untuk anak yang tidak suka makan nasi. Puan boleh terus memberi anak pelbagai variasi menu makanan, ceriakan sesi pemakanan, dan tidak berputus asa dalam menggalakkan anak untuk makan makanan yang dia kurang suka.