Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik, First Step Child Pediatric Clinic

Keliru sama ada anak anda dijangkiti demam campak atau cacar air? Apakah risiko apabila dijangkiti cacar air? Apakah punca cacar air ini? Bagaimana nak elak anak dari dijangkiti?Sekiranya persoalan ini bermain di minda anda, atau anak anda berada dalam situasi ini, ayuh ikuti Sesi Tanya Pakar kali ini. Sebagai ibu bapa, baik ibu bapa baru atau yang berpengalaman anda wajib tahu segalanya mengenai jangkitan cacar air, termasuk mitos mengenainya. Tahukah anda risikonya amat berbahaya buat bayi kecil? Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan lontarkan segala persoalan anda kepada Dr JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic pada 18 November 2021, Khamis. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. .

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik, First Step Child Pediatric Clinic
43 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pernah kena chickenpox 2 times, one time waktu umur 13 tahun and second time 25 tahun. Possible ke if anak kecil bawah 1 tahun kena twice macam adult?

4y ago

Hello. Jangkitan cacar air buat kali kedua sebenarnya jarang berlaku. Tetapi selepas mendapat jangkitan cacar air untuk kali pertama, virus ini akan menjadi tidak aktif dalam saraf dan boleh menjadi aktif dan menyebabkan jangkitan lain iaitu kayap (herpes zoster). Kanak-kanak berumur 1 tahun ke bawah yang dijangkiti cacar air, boleh mendapat cacar air untuk kali kedua disebabkan daya tahan badan masih kurang matang untuk hasilkan antibodi yang cukup terhadap virus ini. Namun begitu, jangkitan kali kedua adalah amat jarang sekali.