Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik, First Step Child Pediatric Clinic

Keliru sama ada anak anda dijangkiti demam campak atau cacar air? Apakah risiko apabila dijangkiti cacar air? Apakah punca cacar air ini? Bagaimana nak elak anak dari dijangkiti?Sekiranya persoalan ini bermain di minda anda, atau anak anda berada dalam situasi ini, ayuh ikuti Sesi Tanya Pakar kali ini. Sebagai ibu bapa, baik ibu bapa baru atau yang berpengalaman anda wajib tahu segalanya mengenai jangkitan cacar air, termasuk mitos mengenainya. Tahukah anda risikonya amat berbahaya buat bayi kecil? Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan lontarkan segala persoalan anda kepada Dr JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic pada 18 November 2021, Khamis. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. .

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik, First Step Child Pediatric Clinic
43 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr. Betul ke demam campak ni akan dijangkiti at least sekali seumur hidup? Dan betul ke bila kita dah dijangkiti sekali, kita tak akan dijangkiti semula?

4y ago

Hello. Pada umunya, selepas jangkitan pertama, virus varicella zoster (cacar air) berubah menjadi tidak aktif atau pendam dalam sistem saraf hos yang dijangkiti. Ia boleh menjadi aktif semula bertahun-tahun selepas itu dan menyebab­kan jangkitan lain iaitu kayap (herpes zoster), terutamanya pada usia lebih dewasa. Jangkitan cacar air buat kali kedua jarang berlaku.