Pap smear lepas bersalin

Takpe ke kalau tak buat..anak dh umur 1 thn 1 bln baru doktor bg arahan utk buat pap smear..td appointment ngan doktor psl perancang je tiba2 doktor tnye "awk dh buat pap smear belum ek??" Balik je dari kk,bgtau suami sye akn kena buat pap smear..suami x bagi..pada saya pap smear tu bagus kan,utk detect kanser and jangkitan bakteria kan? Tp suami plk tak bagi atas alasan aurat dan x de kepentingan.. boleh tak bagi idea camne nk pujuk suami selain ckp doktor tu nanti doktor pempuan? Dia kata x bole caya hospital nanti tiba2 doktor laki yang buat...😒 #pleasehelp

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh pergi KK, nnt nurse akan buat,tak pun boleh tanya awal2/request minta nurse perempuan kalau was nurse lelaki yg akan buat, terangkan situasi InsyaAllah dorg akan faham. nak perhi swasta pun boleh, klinik tu husband boleh masuk, cuma semasa prosedur hanya terpisah dgn tirai, skrg ni banyak klinik semua dr perempuan, boleh msej dlu sebelum dtg. tak pun ada kit buat pap smear sendiri guna evelyn brush tak silap namanya, kita buat sendiri di rumah dan hantar ke Klinik, dorg akan bg lab, tak perlu guna muncung itik tu cuma cost tinggi skit dlm RM200-RM250 kalau tak salah. boleh terangkan juga dkat suami yg benda ni penting untuk perempuan sbb nak detect jangkitan cancer dari awal.

Baca lagi

Cakap kat suami kalau taknak dapat dr laki yang buatkan, keluarkan duit sikit gi klinik private atau hospital private yang ada dr perempuan. Tak mahal mana pun aih seratus++ je kalau buat dengan o&g kat hospital swasta. Siap consult dengan ultrasound sekali. Senang je cakap takde kepentingan eeh. Cakap kat suami, rajin2 sikit membaca. Alhamdulillah saya tiap tahun buat. Tahun lepas last buat 3 bulan lepas bersalin.

Baca lagi

saya buat dekat kk je. nurse yang buatkan, dan kita sorang je dalam bilik tu. taktahu la pulak kalau kk lain ada doc/staff lelaki atau procedurenya berbeza. tak rugi pun buat, macam saringan kesihatan. kalau dekat luar tu rm berapa kena buat. kk free je.

Anak saya 1 tahun 1 bulan … baru tdi buat pep smear lepas cucuk depo ….. yg buat nurse perempuan bukan lelaki pon…. Penting utk detect Kanser servik ….Buat utk masa yg akan dtg kita xtau apa yg jadi …. Kalau dpt detect dripd awal senang

Eh skrg tak but pap smear mcm dlu. Skrg kite buat sendiri swap pakai putik kaps yg panjang skit. Nurse bg penerangan cara buat n kite buat dlm blk sensorg. Kat kk sy ni la gitu xtau plak kk lain masih cara lama

10mo ago

betul ke, sya ter agak² nak buat pap smear sbb malu, harapla kk tmpt sya suh buat sendiri

buat dkt lpkkn ke apa nama klinik tu mmg nurse/staff pempuan pn. kalo result ada apa² baru ada doc lelaki (ikt kwsn kot) yg akn explain kita itu ini. tiber ckp psl aurat abistu masa melahirkn hasben tu xpk psl aurat ke 😅

10mo ago

husben ckp,mse bersalin tu darurat..tp seboleh2nya minx doc pempuan jgk..mmg rezeki la dpt doc pempuan..dia jd trust issue sbb adik sepupu dia nk bersalin,cite psl doktor lelaki and pempuan yg praktikal tu dtg kat katil cek perut pe semua..tu sye minx cdgn nk yakinkan suami mcmne..tq respon🥰

jgn risau .KK yg buat..MMG kt tnpt sana .kd yg jaga.so misi KD yg buat.ada sorg sn DTG Dr KK .masa masuk MMG saya sorg je..xleh sape teman..ok je buat tu..jgn kemut Time misi buat

pergi kk terus buat je awak. yg buat tu nurse perempuan bukan lelaki. lg pon nnt masa masok bilik awak sorg je. bukan dgn husband awak

10mo ago

mcm sy ngam2 buat masa dlm pantang😅. jadi mmg xsmpt nk shave ke apa. seram sikit la bunyi. dkt luka jahitan baru nak baik. nurse minta buat pap smear.

takde kepentingan suami ckp ye.. blh google tunjuk kat dia. pastu tanya kalau faraj saya ada kena jangkitan apa2 awak ok tak?

cari doktor perempuan sis, ade je klinik yg ada buat papsmear. sy pun setahun sekali buat dgn doktor sama. perempuan