Perokok dalam rumah

Tajuk Luahan: Rokok dan rokok daun. Saya pregnant 39w 2d. Ank pertama. Saya bakal berpantang rumah mertua. Rumah ni ramai penghuni. Mmg ramai termasuk saya sebagai menantu ni. Boleh kata semua isap rokok dalam rumah (kecuali husband, saya dh warning dia. Tapi tk guna jugak kalau husband isap luar jauh dari rumah tapi org lain sedap isap rokok berkepuk-kepuk asap dalam rumah) Kdg saya berkurung je dalam bilik. Tapi bila berkurung dlm bilik, mak mertua kata saya malas. Saya tak jadikan "mengandung" tu sebagai alasan. Bila saya terbau asap rokok mmg saya auto akan tutup hidung guna baju. Pastu org tngk saya atas bawah atas bawah. Dahh tu takkan saya nk relakan diri utk hidu jugak asap tu? Dah saya ni mmg ada asma/semput. Mmg kalau boleh saya kena elak supaya tak sakit. Tapi saya sakit hidung bila keluar bilik hidu udara rokok batang dan rokok daun Masyaallah.... Saya baru2 ni dh sakit tekak sbb tonsil punca asap rokok. Saya balik dari klinik cerita dkt org rumah, semua mcm tak endahkan dan suruh saya minum air dan mkn ubat. Mcm xde perubahan. Alhamdulillah saya baik tu pun makan masa 2minggu lebih.Saya selalu doa agar Allah bagi petunjuk kat mereka supaya berhenti rokok. Lagipun anak saudara ramai. Kecik2 lagi ada yg baru 1tahun. Depa yg kecik2 pun dah terdedah dgn bau asap2 ni. Saya xtahu lah nasib budak2 ni. Saya pulak ada sejarah keluarga asma/semput. Saya sebenarnya rasa lega pun ada sbb tak beranak awal sbb raya haji haritu kemain lagi semua isap rokok kat dapur, kat ruang tamu. Astagfirullahaladzim bau asap smua bercampur buat saya jadi stress😔 Saya kalau berpantang mmg nk duk ruang tamu. Saya tak plan nk duk bilik sbb bilik panas. Kesian kat baby je. Saya risau sangat bila anak keluar nnti terbau asap rokok. Terdedah daripada kecik.. Sungguh bahaya. Saya pernah terbaca baby meninggal dunia akibat bau asap rokok dari usia sehari. Ya Allah. Husband pulak xdapat keje lagi so nk sewa rumah tu mmg mustahil. Mmg rasa nk keluar dari rumah ni sbb stress sngt2 bau rokok. Sungguh walaupun bagi org lain bnde kcik. Bagi saya ni perkara besar. Saya stress sangat sbb sakit tekak. hmm. kalau saya ada simpanan sendiri lama dah saya sndri sewa rumah lain. Betul lah org kata bila dh kawin ni kena ada aset sendiri takleh nk bergantung husband 100%. Skrg ni saya menyesal dan stress. Doakan saya dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan oleh perokok2 tegar ni.

2 Balas

Betul apa awak kata tu. Zaman skarang mmg x boleh dah harap kt suami sahaja. Yg si perempuan, si isteri nk x nk kena ada simpanan sendiri. Esok lusa kita x tahu nasib kita mcm mana. x apa awak. Learn from the mistake. Lpas bersalin pergi cari keje, suruh si suami pergi bekerja walaupun kerja die hanya di kedai makan @ petrol pump. Bila suami isteri ada duit, boleh sewa rumah. Kt rumah sendiri tu kita nk tetapkan rules apa2 senang. Kalau rumah MIL, mmg x boleh buat apa. Kena hadap sahaja lah asap rokok tu. Nnt awak berpantang, duduk lah sahaja di dalam bilik instead kt ruang tamu. Beli standing fan x de lah panas Sgt dlm bilik tu. Kalau berpantang kt ruang tamu awak susah nnt. Baby dah lah

Situasi awak sama macam saya. Sekarang tgh kira hari je nak bersalin. Bezanya saya nt berpantang rumah mak saya. Dari awal kawin mmg duduk rumah mentua, jadi sepanjang2 mengandung mmg byk betul bersabar sebab ayah mentua merokok jenis dalam rumah. Tapi saya buat kepala saya ke, saya mmg duduk dalam bilik tutup pintu. Tak kesah pasal siapa pun. Sebab orang tak kesah pasal saya, alahan saya, dgn anak dalam perut. Kadang2 kena selfish jugak untuk diri sendiri.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan