Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)

Tahukah anda apa itu Sakit Puan? Adakah and tergolong dalam golongan Wanita yang mengalami masalah Sakit Puan? Mungkin sebahagian Wanita masih ramai tidak tahu cara penjagaan kesihatan vagina dan tips yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser servik. Jom tanya semua persoalan anda dengan pakai kami iaitu Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Hospital (Puchong) pada 12 Januari 2022, Rabu. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ng Soon Pheng, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G) di Columbia Asia Hospital (Puchong)
21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi Doc, Bagaimana cara yang boleh dilakukan untuk mencegah daripada penyakit kanser servik? Terima kasih.

Baca lagi
4y ago

Hi Nora Yaacob, Pencegahan penyaki barah serviks/pangkal rahim meliputi amalan hubungan seks yang sihat, pengambilan vaksin HPV serta ujian penyaringan Pap berkala. Kanser servik, pada asasnya berpunca daripada jangkitan HPV (Human papiloma virus) serta berkait rapat dengan aktiviti seks. Antara faktor risiko penyakit ini termasuk kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks rambang (promiscuity), pelbagai pasangan seks, wanita yang merokok dan masalah kesihatan berkait immunokompromi. Penggunaan kondom oleh pasangan lelaki, penyaringan ujian pap berkala (pap smear) serta vaksinasi terhadap HPV telah membantu mengurangkan insiden kanser servik. Thanks