Doctor prakrikal masukkan muncung itik🥲

Tadi saya ke hospital, ini bukan kali pertama saya dimasukkan muncung itik… Tapi kalini dia punya sakit mcm kena rodok2 bawah ni… Sampai urat kaki tegang sangat 😭 Perut dengan private part elok2 tak sakit jadi sakit sangat sampai malam ni masih terasa berdenyut… First time dibuat ganas mcm tu… Risau saya dengan keadaan baby 😭 Dah lah haritu bleeding sebab saya bersama suami… Sejak tu mmg takde bersama lagi suami atas nasihat nurse… Ini tak bersama suami tapi dirodok nya ha pakai muncung itik tu 😢 Ada ke ibu2 yg sampai tegang segala urat kaki dengan private part lepas kena muncung itik tu? Bahaya tak agak2. Saya dapat rasa Doc dengan Nurse td mcm tak ikhlas je nak rawat saya. Saya siap dengar diorang mengeluh2 lagi 😔#pleasehelp #15weeks

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy keguguran tahun lepas keluar darah masa week 9. 2x kena sumbat muncung itik mmg azabnya Allah je tau. dh la contraction teruk, satu badan rasa mcm nk terbelah dua. yg first time tu doktor pelatih kt ER buat mmg mcm nk terkoyak private part tp dia dh minta maaf awal2 yg dia baru lg tak berapa reti sgt. kali kedua doktor pakar o&g buat tak rasa apa² maybe sbb dia dh pro. diorg mengeluh bkn sbb taknak rawat maybe sbb msa dia nk check kita x ikut apa dia ckp. sy pn kena camtu gak sbb masa mula² masuk muncung itik doktor dh pesan jgn kemut dan jgn angkat punggung tp msa tu contraction teruk sgt sy x sedar apa sy buat. sy minta waktu tuk bertenang skjp dan cuba bg kerjasama. mmg sakit kena rodok tp kena tahan je la. tools dia x bahaya sbb bersih. doktor guna muncung itik tuk tgk keadaan baby kt dlm dgn lg jelas sbb ultrasound ni cuma dr luaran je.

Baca lagi
TapFluencer

Sy pernah kena mcmtu, tp dgn dktr kontrak. Bila masuk muncung itik tu, dorg mntk kita relax. Tp bila kita dlm keadaan menahan sakit, mana nk relaxnya, dgn nmpk tools dia kemain besar. Mmg kena marah juga masa tu. Rasa sakit or tak, sy xpasti sbb sy dtg pn dh bleeding+cramp tp xde bukaan. Tp sy notice lps prosedur tu, makin bnyk bleeding.

Baca lagi