24 Balas
Sy dulu pun selalu makan lewat mlm. Sy mmg makan nasi + lauk + kena ada fries goreng. Balik keje lewat malam sampai rumah dlm 11pm. Sy akan elak makan pedas2 dan masam2. Yg lain semua okay. Tp tu lah sy nie asal makan je mesti muntah. Sy dr pagi sampai mlm mmg kena makan berat2 kalau x, rasa perut tu berangin je. Berat makin turun. X pernah naik. GDM pun x kena. Hujung2 nk bersalin tu, sy hanya boleh makan mihun sup sahaja. Itupun sebelum pukul 8pm. Kalau lpas tu mmg akan muntah @ pedih ulu hati sampai x boleh tido. Kenangan 2 tahun lepas.. Hehehe.
Sama mcm nurse tmpat sye sis. Nurse sruh saya jaga pemakanan sbb berat sye mendadak naik sbb baru trimester 1 dia cakap.Nurse risau sagkut kencing manis and takut baby besar. Dia cakap makan sikit tapi kerap, bfast jgn skip. Makan berat lunch and dinner sblum pkul 8mlm. Kuragkn makanan bergoreng, mcm cekodok/goreg pisang , kuih/minuman manis. If teringin smiggu skli bole makan. Waktu malam if lapar makan biskut cream cracker 3 keping/roti sblum tido. Sye tgh kawal makan jgak ni sbb if naik jgak berat kena minum air gula awal.
Puan ada masalh GDM ye? Sebab kalau ada GDM, memang nurse risau lebih. Mcm saya GDM on diet. Makan mmg tak byk and kawal most of the time, berat pun naik tak sampai 4kg dah trimester 3. Dan saya makin kurus adalah 😂 Tapi baby saya berat juga. Konklusinya, saya tak boleh ambik makanan yg ada kandungan gula walau sikit pun (bsp tak sangkut pun). And kadang saya suka makan biskut 2 keping kalau lapar. Walaupun terkawal tapi masih gula. Jd saya tukar ke apple hijau kalau betul2 lapar tgh malam. Kalau tak sambung tidur je hahah
Masa anak first, saya makan sentiasa, tgh malam pun makan dessert sbb terlampau suka benda manis.. alhamdulillah tk gdm or sakit pape, berat naik 2 mggu 1kg++.. Skrg prgnt no 2, tk lalu makan mlm pulak.. last mkn pkul 6/7 tu pon mkn ringn je.. bg saya la, selagi ad selera tu makan je la apa yg sis nak asalkan sis tk ada mslh kesihatan.. cuma risiko mkn mlm ni heart burnt, nnti susa nk tido mlm pulak.. berat naik tu normal la, nnti masa pantang, berpantang la betul2.. hehehe
Kalau takde masalah gdm and berat baby ok je. Boleh je kot makan 😅. Sbb sy boleh kata berapa hari smggu pukul 1-2pg lapar mesti gi mamak/kedai siam huhu sbb sy mmg tak boleh lapar nanti gastric. Alhamdulillah jugak takde gdm dan berat baby pun so far baru 2.6kg@37w. Berat sy setiap mggu pun naik ok je ni pun mggu ni turun pulak 500g 😅. So depends badan masing2.
makan lah ape nk makan janji sebelum pukul 10pm ,, haa lepas pada tu jgn makan dah ,, kalau lapar sungguh2 minum milo cicah roti or biskut gitu je then tdo semula ,, nurse tu nasihat ade sbb nya nnt berat berlebihan risiko baby besar kena operates dan sebagainya n ade gdm haa nnt yg tanggung awak,, so ikut lh nasihat yg baik n betul, 👋🏻
Malam2 cuba elakkan makan lewat sangat. Untuk elak GDM and heartburn. I makan kekacang/ biskut weetameal/ apple je kalau betul2 lapar. Alhamdulillah gula, baby pun ok. Tapi lain2 orang lain badan jugak. Tapi just berjaga2 la sebab kita tak boleh agak bila akan kena kan. Anyways, just enjoy your pregnancy. Take care dear
saya makan je sebab malam je mcm boleh makan tanpa muntah.. pagi smpai petang muntah aje kalau makan
Saya pun masuk 30w. Tak prnah lagi mkan tengah malam ke ape. Last mkan pun 6-7pm tu pun kadang mkan grill2, salad ke, or bread. Pastu 8-9pm mkan buah2 segar je. 10-11pm minum air kurma cina / air saffron (selang hari). Saya tido 1-2am juga sbab xdpt tido tp xprnah lagi la merata malam2 midnight hehe
Saya makan bila lapar. Kalau pukul 11pm lapar, saya makan pukul 11pm. Makan berat macam nasi/meggi goreng/burger. Takde waktu yang fix. Ni kandungan saya yang ketiga. Kandungan sebelumsebelum ni pun saya makan macam ni & takda issue baby besar 😅😅😅
Kalau saya, makan 6x sehari. 3x main meal, 3x snacking. Jadi 2 jam sebelum tidur tu snacking saya. Antara snacking saya, - 1 biji epal hijau - segelas susu - 1 keping wholemeal bread with butter spread - kekacang (walnut, almond, cashew)
Pukul 6 pagi dengan 8 malam sis
Anonymous