untuk yg bersalin czer nanti. first sekali saya nak bgtau, bawa satu bantal. ukuran bantal tu xde la kecik sangat. koman2 half bantal tidur kita. tujuan dia?
hhaaa. meh nak cite.
biasanya lepas je czer, kita akan ada batuk2 sikit. even kita takde batuk2 pun sebelum tu.
so, bila kita agak2 rasa nak batuk tu..
duduk atas kerusi, cepat2 ambil bantal tadi dan tekupkan kat perut czer tadi dan badan kita rapatkan.
posisi lebih kurang orang rukuk ketika solat atas kerusi.
tapi make sure tekan kemas bantal tu ke perut.
barulah batuk atau bersin. rasa selesa dan puas hati batuk atau bersin tu.
kalau tak buat mcm tu, nanti tempat jahit kita tu rasa tegang semacam.
selepas bersalin saya tak beli dah set2 bersalin tu. sebab sebelum tu pernah beli tapi set tu tak guna semua pun. dah la mahal.
so lepas tu saya beli apa yg nak guna sahaja.
contoh: minyak telon mestika (bau dia sedap). sapu kat kepala ibu bersalin pun rasa best, mandian herba ibu ketika pantang.
tungku, tangas semua tu saya cuma panggil orang datang berurut. (kalau saya bersalin normal saya akan ambil pakej tangas. tp czer xambiklah)
disebabkan czer, dia cuma urut dan tungku kat lain2 tempat selain tempat czer. dia xusik kat situ.
rendaman faraj? mmg tak lah. sbb czer.
so nanti bebas nak duduk camane, angkat kaki etc. hihi.cuma perut tu la.
tak boleh jalan laju2 tau. sebab nanti rasa senak kat perut.
saya tak ambil mana2 jamu. saya cuma makan suppliment vitamin. blackmores multivitamin, pil minyak ikan, dan makan pati sarang burung tu. kalau nak sedap lagi, beli sarang burung tu dan buat sendiri. ofkos suruh la mak masakkan. takde la p dapur buat sendiri. mmg harga dia agak mahal tp beli sikit udah ler. lebih pio rasa dia berbanding yg dah siap di pasaran. kita boleh ejas, nak kurang manis, atau tambah kurma merah dalam tu sekali.
kesan dia lagi wow tau dari kita beli yg pek dah siap2 tu.
boleh la bincang pendapat dengan mentua tentang ketika pantang nanti.
tanak la nanti mentua kecik hati. sebab kita xnak dengar cakap dia yg dia rasa perlu tapi pada kita xperlu.
sebab nak kena hadap nanti bersama2.
kalau mentua hepi kita ikut cara dia tapi kita plak xsuka.. nti stress pula ketika pantang.
atau kita hepi, mentua kecik hati.
cucu sulung tu. ofkos dia semangat lebih nak timang cucu.
bincang elok2 ye.
😊
Baca lagi