Mandul ke ?

Sye 2 tahun kawen . Tiap2 hari bersama . Senggugut sye terok sgt . Dh checkup doc kata normal . Simpton dtg mcm nk preggy . Bile check upt negative . Sedih plak rase . #pleasehelp

16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Saya nak share kisah story saya supaya bagi semangat utk ttc lain. Saya baru 1 thn 3 bulan nikah. after 3 bulan nikah still tak preggy. Start dari situ saya dan suami slow slow check up. Walaupun ramai kata awal lagi. And disahkan saya LOW AMH. AMH ni adalah result utk ketahui berapa telur yg ada pada kilang telur kita. Result AMH 1.66 sgt redah. Result tu seumpama orang yg berumur 30-40 tahun. Saya baru 25tahun. Saya down sgt😭 Hanya Allah je tahu masa tu. Peluang utk hamil sgt rendah walaupun IVF. IVF kerajaan lagi tak lepas sebab dia nak minima AMH 5 keatas sahaja. Saya gi juga kerajaan sbb Doctor dah set appointment sana. Sedih bila doctor sana asyik ulang saya akan membazir kn ubat sahaja. walaupun saya yg bayar. Sedih sgt masa tu. Saya rasa hina nya saya . saya tak boleh mengandung normal. walaupun IVF risiko tak berjaya sgt tinggi 🥲 . Saya Yakin Kekuasaan Allah tu ada. Tidak ada yang mustahil. Walaupun result suami okay tiada masalah. Keajaiban dari Allah tu ada. Siang malam saya berdoa. Saya minta supaya ada rezeki saya mengandung normal. Walaupun doktor akan kata tak mustahil . Alhamdulillah . Saya delay period 3-4 hari. Test UPT terang. Masa tu saya meraung dalam tandas. macam tak percaya Ya Allah. Allah makbulkn doa saya 🥲 Sekarang dah 6weeks. Jadi, Jangan mudah putus asa. Dalam kita usaha kita doa. Walaupun siang mlm kita menangis macam mana. Ingat Kuasa Allah tidak dapat kita sangkal kan. Sangat menakjubkan. Sampai kita sendiri tidak percaya. Trust Me . And Percaya Allah. Doakan Kandungan saya dan saya sihat sihat yaa semua 🤲🏻😘

Baca lagi
2y ago

Terima kasih banyak semua mendoakan 🥲🤲🏻☺️

Suami dh cek? Kut sperm dia yg problem. Ada je kes lelaki punya sperm yg bermasalah. Bersama hari2 pun bkn jaminan. Sy pn 2 tahun lbh kahwin, br berisi. Tahun 2020 beriya la kira waktu subur la apa bagai. But sy rsa benda2 ni hanya mendatangkn stress shj. Suami sy pesan, "anak ni rezeki. Awk pulun separuh nyawa, atau sampai habis nyawa. Kalau Allah kata belum masa, xkn lekat. Nak anak ni bukan macam kita g pasar, beli ikan". Masa tu sy pn stop dr beriya. Sy lbh santai. Sy rajin minta doa mak dan mentua. Alhamdulillah, 2021 sy sah pregnant, ni tgh tggu hari nak melahirkan. Zuriat ni mcm jodoh. Sampai masa sesuai, Dia akan hantar. Lgpn, sy ingt suami sy selalu pesan, "Allah akan uji kita pada perkara yang paling kita nak, sayang, suka atau benci".

Baca lagi
2y ago

happy dgr ayat2 akak .. terima kasih .. In sya Allah . doakan sye kak .. yang buat sediy .. takot suami berharap .. sbb asyik mention kan ..

Boleh cuba check di mana2 klinik fertility. Saya before pergi ada buat ujian progesterone (wife) and ujian sperma (husband). Dari situ dapat juga tgk apa masalah kita. Macam saya lepas 2 tahun kahwin, try buat progesterone tu then dapat tau progesterone level saya tak normal. Terus pergi refer hkl. 3 tahun juga treatment dekat hkl, belum ada rezeki. Selain pcos, rahim retroverted juga. Then awal tahun tu sy decide jumpa dr hamid arsyat. Bila check ada endometriosis. Terus buat laps utk buang endo and betul kan rahim. Alhamdulillah sebulan lepas usaha buat laps and betulkan rahim tu, saya berjaya pregnant 🥰 puan cuba la p check dimana2 fertility klinik. Check diri sendiri dan husband.

Baca lagi
2y ago

Utk check progesterone tu sy p klinik yg ada buat test darah je. Cakp nak buat ujian progesterone. unian ni sy buat di Klinik Nadi Iman puchong. Then utk treatment fertility tu saya p jumpa Dr. Hamid Arsyat di taman desa klang lama. Boleh cuba Sophea atau MetroIvf juga. Kalau area KL selangor.

tiap2 hari bersama tak semestinya lekat.. mula2 kawen sy tatau menahu.. bila sy belajar pasal ovulation period.. sy stop utk hari2.. sy kerap 2hari sebelom, kerapkan lagi pada harinya dan sehari selepasnya.. telur cume dilepaskan sehari je, kuasa Allah sperma survive utk 3hari.. sebelom menunggu harinya, boleh bersama tapi elakkan ejaculation, sy amalkan bawang puteh bakar peram madu asli seminggu, makan bahan tenusu, kurma ajwa dan asparagus (diyakni dpt menambahkan kuantiti airmani dan likat). benda ni sy terbaca artikel ttg kita sebenarnya bukan tak boleh mengandung tp berkemungkinan kita tatau waktu sesuai ovulasi.. Insha Allah Dia Maha Kaya..

Baca lagi
2y ago

In sya Allah .. baik kak

saya pun baru kawen. asalnya saya sering batuk2. pakcik bg saya madu. hari2 saya mkn madu utk melegakan batuk. dalam mse yang sme juga kami ade buat konsultan dgn doktor. doktor nasihat ikut kalendar period dan waktu saya subur. lps tu ulang semula selepas 3 hari sampai la waktu nk peyed. tp saya tak peyed. saya cek upt alhamdulillah double line yang jelas pada hari ke tiga selepas hari pertama yang samar. Dan skg msh awal lg. mgu ke 5 hari ke tiga. morning sickness pun saya amalkan madu juga. cubalah mana tahu menjadi. in sha Allah kat berusaha.

Baca lagi

boleh pegi check untuk kesuburan. jgn la cakap mandul2 tu, in shaa Allah sis dan husband ok. tp check je utk kepastian. mana2 klinik sekrang ada je buat utk kesuburan. tp klau boleh, cek terus hormon level, sperm husband, HSG utk tgk tiub sis ok x. nanti dr sana boleh thu ada apa2 mslh, dan doctor akn suggest itu ini. tiap2 hari bersama pun xboleh jugak sis sbb sperm ble masa nk matang tu, sis sndri ada waktu ovulasi.. nti nk buat ujian soerm husband, make sure xbersama 3-4hari ye.. itu nasa yg terbaik nk check sperm.. semoga dipermudahkan urusan sis🤲

Baca lagi
2y ago

sama2.. 😊

saya 2tahun tunggu. buat fertility test. husband ada masalah sperm cacat. doctor suggest makan suppliment. nama suppliment profotil, agak mahal rm400 lebih sekotak tahan sebulan. doctor kata lepas 3bulan kena buat test lg sekali. tp Allah Maha besar, Dua bulan je dh lekat. tp gugur minggu ke 6. sebulan lepastu dh prgnant balik. alhamdulliah skrg dh 20minggu.

Baca lagi
2y ago

Alhamdulillah .. moga akak dipermudahkan urusan .. terima kasih jge bgi tips..

Husband pernah check? Tak semestinya ibunya je problem. Abg ipar saya 6 tahun baru dpt zuriat disebabkan sperma dia ada yg berenang reverse dan ada kepala dua; kecacatan pada sperma kemungkinan sbb dia anak tunggal. Cuba ikhtiar check husband pula. Apa2 pon folic acid sis terus kan ambil yea 😊

2y ago

Check suami punya kesuburan, pengalaman kami tahun 2020 di KK: 1. Doc akan interviu kami: pasal kitaran haid, berapa kerap bersama suami-isteri, sejarah keluarga berpenyakit kronik, dan sejarah perubatan kami dll. Doc cadangkan kami kerap bersama. 2. Doc minta kami buat ujian darah, urine, hormon. KK akan buat lengkap dan details. tambahan suami kena ambil sample air mani (semen test) dan hantar ke makmal hospital. 2. dah dapat semua result ujian yg kat no. 2, tu doc analisa, semua ok, kec sperma suami ada masalah, dan blh improve dgn supplemen. 3. kami teruskn gaya hidup sihat, tenang, makan seimbang dan beli supplemen khas untuk suami. sy baca artikel2 kat internet, tertarik dgn tips dr. hamid arshat : makan supplemen Himalaya Spemen. (jngn cpt putus asa kalau tak beri kesan segera. Suami saya teruskan makan Spemen tu hampir setahun, dia tak nak tukar lain sbb serasi (dia ada alahan sbhgn ubat) dan masih mkn spemen w. pun sy hamil skrng.

Check up kat mana? Kena betul2 pergi pakar fertility utk check , biasa dr akan scan bawah tvs, amik result darah sekali. Kdg2 tu klu semua mmg okay, boleh kata unexplained fertility boleh cuba ikhtiar seperti iui dan sebagainya .

2y ago

Mana2 hospital kerajaan ada pkar, saya pergi dua2 swasta dan kerajaan. Klu full kerajaan kena tunggu lama, klu half kerajaan mcm ppum ke cepat je dpat appointment

Tak perlu bersama hari-hari pun 😅 nanti sperma pun x bkualiti. Cuba beli test kit untuk tahu hari subur, Shopee aje kak. Lepastu, yg saya cuba amalkan, minum madu & sedekah. Semua dgn izin Allah

2y ago

saya percaya dengan sedekah ni.. asal terniat sy mesti kena buat (sedekah)😌 sebwlum ni ay ectopic nov 2018. anak 1st 12 tahun, anak angkat 3 tahun dan sekarang alhamdulillah preg 8w. kami jarang bersama.. sebulan xsampai 10 kali.. dan tidak makan apa2 supliment.. syukur alhamdulillah sangkut tanpa di rancang.. sy doa kan yg lain dapat mengandung dan melahirkan baby dengan sihat.. amin