TTC - mula rasa down 😔

Hi, sy sedih sbb sy susah nk dpt anak, kadang rasa down sbb diri ni kurang..hubungan dgn suami mmg baik..tapi sbb PCOS..hari demi hari tunggu bila nk double line..sy x larat dicaci org sbb x pregnant lagi..smpai trauma balik kg, and soal anak sensitif sgt bgi saya..sy dh dptkn rawatan doc..semua normal cuma PCOS both ovaries. Bila jadi mcm ni effort sgt utk dpt anak sorang pun..hmm sy dh buntu nk buat mcm mne lagi dh.mcm2 sy usaha n doa..skrg tawakal jelah…terima hakikat yg sy mungkin xkan merasa jadi ibu 😔😔😔. Kesian suami sy..maafkan sy 😭😭#cubaanhamil #pleasehelp #firstbaby

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai, saya juga pcos both ovaries. saya ttc 5 tahun. first step yg saya buat adalah berjumpa dengan doktor, buat segala ujian, dan makan ubat. saya mkn clomid sebanyak 6 cycle tetap gagal. selepas tu saya cuba iui sebanyak 3 kali dan gagal juga. seterusnya suami dan saya berbincang untuk teruskan rawatan ivf. memang agak sakit juga memandangkan rawatan ivf ni memerlukan duit. so saya dan suami ikat perut dan kumpul duit. allhamdulillah apabila cukup saya teruskan rawatan ivf. untuk persediaan rawatan tu saya kena diet dan bersenam. jujur saya kata kan semua tu xmudah. sekarang allhamdulillah kandungan sudah mencecah 6 bulan. buat sis jangan putus asa. selagi ada rahim selagi itu kita kena yakin kita mampu mempunyai zuriat. jangan putus asa. nasihat doktor jangan diabaikan. sis boleh amalkan vit D, coq10, asid folic. insyaallah sis. saya doakan semoga sis murah rezeki dan akan menjadi seorang ibu nanti.

Baca lagi