Darah gugur Kandungan tak menjadi atau kandungan luar rahim?
Sy scan upt dpt double line. Bila kira last period date sepatutnya usia kandungan dah akhir 8w nk masuk 9w. Mula2 malam tu sy ada spotting darah je sebesar ibu jari. Esoknya sy pergi scan tp bila scan doktor kata size kantung cuma 6w,cuma nampak kantung je,janin dan heartbeat tak ada lagi. . Ada 2 kemungkinan. Pertama, kandungan tak menjadi sebab tu masih 6w walaupun sepatutnya nk masuk 9w dah pttnye dan jugak dah mula ada spotting malam tadi. Kedua, Kandungan memang masih kecil. Doktor kata scan lagi 2 minggu tgk samada kandungan masih 6w maknenye kemungkinan no 1 tu betul,atau da jadi 8w maknenye mmg betul kemungkinan no 2 tu. Tapi selepas 2 hari tu sy keluar darah seperti period tp tak sampai la berganti pad beserta skait senggugut. Dan ada darah ketul kenyal2 seperti dalam gambar. Ada kemungkinan kandungan sy tak menjadi dan gugur, atau sy sebenarnya mengandung luar rahim? Ada tak sesiapa ada pengalaman seperti situasi sy ni?