Pengalaman Induce Anak Pertama (Boy) Sebab Air Ketuban Kurang

Sy nak share utk bakal ibu yang first time mcm saya. Sy beranak awal seminggu sebab air ketuban drop 4cm sahaja. Doc admit wad dan induce pil. Induce pertama, rs sakit period pain level biasa, boleh lagi duduk berjalan makan semua. Bukaan masa tu 1cm je. Malam tiba2 sakit induce hilang. Induce kedua, start sakit pinggang tapi masih boleh tahan. Bukaan 2cm je sampai ke petang. Doc masukkan induce ketiga dan tanya sama ada sy nak czer tak kalau gagal. Sy setuju je sbb emosi dah tak stabil warded lama. Induce ketiga start rs contraction pain beberapa jam kemudian sampai tak boleh bangun. Sakit on off, doc bg painkiller (take note ubat bg kesan mengantuk dkt baby juga) yg buat sy mengantuk tp sakit tak hilang pun lagi seksa dgn tali ctg dkt perut merimaskan (utk monitor jantung baby). Pkl 10 malam, sy tekan bell sbb sakit yg sangat dasyat, rs nak berpisah pinggang dgn badan. Doc cek bukaan masih 3cm. Doc offer lagi painkiller, tapi sy tolak sebab risau bg kesan dkt baby. Sy request utk czer malam tu juga sambil meronta2 kesakitan. Doc tak nak, dia kata dia dah plan nak pecah air ketuban sy esok pagi utk beranak, dia mtk sy sabar. Ms tu rs hilang pedoman sekejap, sy dah menangis mtk czer malam tu juga dan nurse pun support decision sy sbb tgk level contraction dah tinggi sangat dan kandungan berisiko sbb air ketuban sikit. Doc pun bincang dgn doc2 lain (ada 3-4 doc ms tu). Doc cek lg bukaan, 5cm terus push to LR. Masuk LR, doc & nurse kata sll nya lama lagi nak bukaan penuh 10cm dan bg sy gas utk sedut kalau sakit. Contraction level makin tinggi, sampai patah besi katil sy goncang. Tiba2, rs mcm baby bgerak2 dlm perut nak keluar, automatik pulak kaki mengangkang 😂 Nurse kata jangan kangkang, sy kata sy betul2 nak terberak. Nurse kata takkan la cepat sangat sebab ms tu baru 10 minit sy admit LR. doc cek lg bukaan. "FULLY DILATED!!" semua lari masuk bilik dan prepare apa patut dlm ms sangat2 pantas. Sy dgr nurse kata cepat betul bukaan dia, patutla contraction level tinggi sgt. Sy separa sedar sbb dah habis tenaga, nak teran pun sempat tidur ke pengsan entah, sy rs mcm atas langit putih sampai nurse genggam tgn sy dan goncang badan sy bagi sedar. Ayat keramat "kepala baby dah nampak puan, sikit lagi" sy tarik nafas dalam2 dan teran. Alhamdulillah keluar la baby saya. Lepas baby keluar mmg hilang terus semua sakit, sakit jahit ke seluk lepas jahit pun tak rasa langsung.

17 Balas

Sebab tulah saya selalu tolak kalau dorang nak bagi ubat tahan sakit,masa tu bukaan baru 4 cm.Air ketuban pecah jam10 pagi,direct p hospital cek 2 cm,berapa jam kemudian cek bukaan dah 4 cm,doktor suruh pakai pad dulu sebab air ketuban leak.Time tu tak sakit lagi,sebab darah belum keluar,sekali jam5 ptg darah keluar,tak senang duduk dan baring,sebab sakit dia makin kerap,saya jalan jalan jer dalam wad tu supaya baby cepat keluar.Kali ke 3 cek bukaan masih 4 cm lepas keluar darah.Ok saya sabar lagi,jam6 lebih saya tak sabar dan tahan dah,nurse lelaki sarankan ubat tahan sakit,saya tolak,saya tak nak sebab baby akan tidur.Last last saya berdiri kat tepi kali tu cakap kat nurse lelaki saya dah tak tahan dah ni,saya suruh cek lagi,dorang cakap tak boleh cek terus nanti ada jangkitan or masalah sama baby,Saya dah tak tahan sgt.Saya meneran time berdiri di tepi katil saya.dorang ketakutan sebab saya meneran.Sekali suruh baring cek dah 8 cm.Arrr baru kelam kabut tolak masuk lb.Kita dah ada pengalaman buat cam takde pengalaman pulak.Ni masa bersalin anak no 5 lah.tulah citer dari saya.Apa apa ubat tahan sakit saya tak nak.

Alhamdulillah, tahniah sis… macam kes sy bersalin anak first… 27hb Jun 2023 malam tu tgk wayang cerita Mat Kilau… 28hb tu ade last check up… bile doc scan, rupanya air ketuban dah makin sikit dan terus buat refer letter utk ke hosp… so admit wad pukul 1pagi 29hb… pukul 9pagi tu masuk first induce… petang pukul 6 dah start contraction utk setiap 30minit… pukul 2pagi 30hb, ingat nak pegi toilet utk kencing… turun je dari katil terus air ketuban keluar…contraction yg kuat datang start pukul 10pagi… bile dah pukul 11pagi sy panggil nurse sbb contraction dah kerap setiap 5minit dan nurse terus bawak LR… pukul 12.30 nurse masuk induce yg jenis cecair tu, dalam mase satu jam dah rase nak meneran…alhamdulillah sy selamat bersalin baby girl pukul 2.05pm… dan berat baby dalam 3.25kg…

Saya pulak 3x induce ubat, last² kena pindahkan ke hospital lebih banyak dok pakar, dan induce drip pulak, 1 botol x jalan, dorang tambah lagi 2 botol, haa begegar katil, tudung pun dah terbalik.. dari 7pm hingga ke 2am esoknya still 6cm, 4am baru 7cm .. rasa nak teran, tapi disuruh tahan, saya sendiri minta "nurse gunting je lah" siap pegang tangan dok ( nasib dok perempuan ) 🤣 time tu pkp, suami xboleh masuk 🥺 sakit dia macam nak tercabut nyawa, tapi betullah, lepas baby dah keluar, kena jahit pun dah xrasa .. tapi, saya xtrauma dengan contraction, saya lebih trauma kena induce dekat bawah 😭 sakit dia yaAllah , rasa macam nak tendang dok tu..

kan.. masyaAllah ... 🥺

Alhamdulillah congratulation sis! Pengalaman sy yg sulung pun induce drip tp 1x trus ada contraction sbb pecah ketuban. Tp sy tak di offer langsung pain killer pill atau gas. Ya sakit mcm nk mati tp sy x bertenaga nk teran sampai baby lemas end up takdirnya czer. Berlapang dada terima yg penting ibu anak sihat Alhamdulillah

alhamdulillah sis. yg penting baby selamat

Sebak baca pengalaman sis, Selepas bertarung tahan sakit, akhirnya baby keluar juga. Sakit tiap orang tak sama. Ada yg mampu tahan dan sebalik nya. Saya dah turun tanda tpi contraction tak kuat lagi. Mudah2 an selamat nanti. Tahniah sis. Selamat berpantang.

amin sis sy doakan dipermudahkan semua. ya sis lain org lain ragam. kakak katil sebelah sy, dia lepas makan ttba kepala baby dh kat bawah, tak rs sakit apapun. rezeki

wah alhamdulillh..sama la yg 5cm ke fully dilated..mcm kes sy .masa nk msuk LR 5 cm...rasanya dlm berapa minit je kt lR dh active phase .dhboleh teran.maahaAllah..Alhamdulillah Allah permudahkan ;)

Sya pun induce juga sis. 1kli je masok ubat, 8am. 7pm beranak. sakit nya mmg rasa nak terpisah bdan dgn kaki. apalagi la sis yg kena 3kali induce. Ibu² semua strong 💪🏻

ya sis 3 kali mmg rs mental dh down sgt2 masa tu.

alhamdulillah tahniah sis. awak bersalin berapa weeks? seronoknya. doakan saya ye sis. saya tengah menunggu hari. takut, risau, excited sebab first mom

38weeks sis. ms tu pun sy nervous sbb tiba2 disuruh beranak. tak sedia mental. bykkan zikir, minta suami buat solat hajat byk2.

Alhamdulillah, congrats sis. Apa² pun seram dengar kena induce ni. Harap sangat x nak kena induce. Takut sangat sebab sy memang jenis yg x boleh tahan sakit lama²

Syukur sis dah pun selamat bersalin

yang sis rasa nak pengsan masa meneran tu rasanya sebab gas oxitocin kot. sedut gas tu auto melayang, doktor tanya nama sendiri pun tersebut nama suami, hehe

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan