Mertua terlebih caring pasal gdm?

Sy first time mom lekat gdm. Bacaan lepas minum air gula tak sure berapa sbb nurse call bagitau suruh buat bsp, kita kalut2 tak sempat tanya berapa. Mertua saya dua2 ada kencing manis. MIL dah bagitau awal2 bacaan kena bawah 4 baru NORMAL. Bika sy check dekat buku pink, xboleh bwh 4. So sy buat la bsp tu dah 4 kali sesi, tiap kali tu la MIL sy mintak snap gambar send kat dia yg sy tulis dlm buku pink tu. Pastu dia akan cakap result x cantik, tinggi, kena jaga makan. Sy jenis ok2 je semua dia ckp sbb malas nak menjawab tapi x ikut la, sy makan macam biasa. Sbb bacaan sy mmg antara 4-5 sebelum/selepas makan. Lebih 6 tak pernah pun. Tiap kali sy pergi rumah MIL memang kena pantang betul2 sampai sy kadang2 kelaparan. Bagitau husb, dia cakap biasala tu sbb mertua dua2 ada kencing manis. Sy suruh dia explain bacaan sy tu normal, bwh 4 tu dah hipo. Doktor pun takde cakap apa2. Entahla stress jgk kadang2 dihantui MIL tiap minggu.

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

setahu saya, bawah 5 kira tu takde gdm. sbb ayah saya ada kencing manis juga. sebab atas 5 tu kira gdm. gdm orang tua ngan mak preggy lain bacaan dia. terpaling pandai pula mil sis ni. macam dia terpaling doktor, kalau terpaling doktor takdenya dia kena kencing manis. geram pula aku bila orang TERPALING bila bab² macam ni. sis jangan stress² mummy preggy kena banyakkan rehat dan tak boleh stress. lagipun doktor/nurse takde cakap apa² jangan dengar apa orang lain cakap selain doktor sebab doktor ni diorang lagi berpelajaran daripada yang TERPALING DOKTOR ni

Baca lagi
12mo ago

gdm tu gestational diabetes, diabetes hanya during pregnancy je sis. org diabetes yg tak pregnant tk guna istilah gdm.