9 Balas
Hi, saya baru je bersalin last year secara czer, and yes saya pun ada fibroid juga time pregnant. Masa awal dapat detect tu doktor kata ada 3 fibroid tu. Tapi rezeki saya fibroid tu tak mengecil. Saya hanya pantang soya sebab doktor HSA suruh avoid soya. Selepas 4 bulan bersalin saya operate buang fibroid tu pula sebab dah besar sangat (22cm) tapi hanya ada 1 je fibroid masa tu. Apa apa pun, jangan stress sangat sebab tu pun boleh jadi punca. Saya doakan kehamilan sis dipermudahkan. Jika ada rasa sakit perut yang melampau, segera ke PAC.
Saya pregnant 12w, fibroid saya 9cm. Waktu dpt tahu ada fibroid tu 9w juga and mmg dah besar. Dr kata tak payah pantang apa apa. Tp mcm org org yg komen kata, pantang daging dgn susu. Saya kalau teringin daging saya makan utk buat hilang rasa craving je. Saya dpt tahu ada fibroid dkt klinik swasta, then dpt surat refer terus ke hosp utk dptkan followup. Skrg saya tagging kuning under KK sbb ada fibroid, kena followup tiap 2 minggu. Moga dipermudahkan urusan awak, saya & kawan2 lain yg ada fibroid 😔🤲🏻
Sy pregnant with 10cm fibroid. Tanya doctor tips nk kecutkan fibroid tapi doctor cakap tak ada, kena monitor from time to time. So sy google sendiri je makanan yg digalakkan & perlu dielakkan. Mostly google akan cakap elakkan daging tapi sy takde pantang daging, fibroid mengecut juga. Better sis consult dengan doctor tu, mungkin doctor yg handle sis ada pendapat lain dari doctor sy. Makan makanan sihat & selalu doa semoga fibroid tu tak ganggu tumbesaran baby ya.
sama pengalaman macam saya, doctor detect ada fibroid masa scan 8/9 weeks size 4cm, then refer pakar waktu tu dalam belas belas weeks alhamdulillah fibroid tu hilang dah, sebab doc cakap kadang setengah cases bila baby membesar & fibroid th akan hilang dengan sendirinya sebab waktu pregnant hormon estrogen kita tinggi kan. InshaAllah semua baik baik je jangan fikir banyak ya sis 😘
Pengalaman saya 2 kali pregnant with fibroid..klinik mmg akan refer dgn pakar di hosp..so far tidak mengganggu perkembangan janin..bila baby membesar, fibroid akan hilang @ tersembunyi..bagi kes saya, fibroid tetap ada sehingga skrg cumanya saiz tidak bertambah..doc pesan jgn minum/makan soya.
sis saya ada kenalan yg pregnant with fibroid. mmng fibroid dia mengecut tpi masa pregnant dia membesar balik sama dgn baby. jdi masa dia 36w doc czer baby buang skali fibroid. jgn tkut tau. semoga urusan awak dipermudahkan dan selamat bersalin
Tak perlu risau, saya masa lebih kurang 6weeks dapat tahu ada fibroid. Dr refer terus pakar kat hosp. Pakar pun akan monitor je. Saya punya alhamdulillah 20weeks dah tak nampak fibroidnya. Baby saya kuat lawan 😊
Sy pn tgh pregnt dgn ada fbroid.. Xmkn dging sgt n fbroid dlm 8-9cm mcm tu..always checkup dgn dr..
Awak dah berapa minggu pregnant?
ada tanya doktor tak macam mana? boleh search dlm app ni banyak ibu ibu share pengalaman
Anonymous