Sy buat buku pink swasta mula kandungan 7 minggu. Selepas nampak janin.. Sampailah 12minggu sy bertukar dari swasta ke kerajaan.
Bermulalah journey di klinik kerajaan. Ye bukak sliding door, daftar je dah kena tengking. Sbb lambat katanya, tapi lepas dapat tahu sy dah buku pink swasta, baru misi okay. Mudahkan kerja katanya. Sy dah ada result darah, dah minum air gula juga scan semua lengkap.
Ni first pregnancy, sy dah rasa dua2 check up. Tapi sy boleh cakap, sy prefer check up di klinik kesihatan. Lebih detail dari segala aspek. Mulanya nak check up dua dua klinik. Tapi rasa tak larat lah kalau diambil darah banyak banyak, kena minum air gula lagi. Huhu.
Check up pon free. Sy dari Johor. Daftar melalui website Temujanji online Johor. Negeri lain rasanya kena call dulu ya? Tapi sgt mudah. Yg belum daftar, jangan lupa bawa photostat awak & suami, bil api/air juga sijil nikah.
Misi garang kita diam je okay, kalau dia terlebih bengis, kita bawa sarapan pagi! Hihi *tips*
Semoga dipermudahkan urusan semua.