Hanya nak meluahkan perasaan 😔

Sy baru pregnant skrg mmg tak buat kerja berat. Selama sy berkahwin ni semua kerja rumah sy yang buat mcm org gaji. sy bukan suri rumah sy juga bekerja. Sy baru suruh husband buat kerja rumah vaccum, basuh & sidai baju seminggu sekali je bukan hari² tapi berkira dgn sy. Selama sy berkahwin dgn dia xde pulak sy berkira dgn dia. Tapi kalini sy memang sedih sgt. Keluarga jauh. Sy penat berfikir apa salah sy smpai dilayan mcm bukan seorg isteri. Mcm babu pulak dibuatnya.. Sy ni mcm org gaji bukan isteri.. Sy pregnant anak pertama sy x nak sbbkn ni sy jadi stress kena dkt baby 😔 #firstmom

27 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

kurang pendedahan atau tak dibiasakan mmg macam tu. sebab tu skrg, banyak posting, "ajar anak lelaki buat kerja rumah". benda ni sebenarnya basic skills, taktahu boleh belajar, tapi disebabkan mindset yg suka sgt anggap kerja rumah kerja perempuan macam ni lah jadinya. family saya sendiri pun sama, adik beradik lelaki saya lipat baju sendiri pun tak reti. saya ni dahlah sorang je anak perempuan, mak saya manjakan sgt. pernah jadi gaduh besar antara saya dan diorang, baru parents saya buka mata sikit dan faham apa yang saya rasa. bila dah kahwin, ditakdirkan husband saya sama je macam adik beradik saya. adik2 dia semua lelaki, mak mertua suri rumah so semua dia buatkan. tapi saya bersyukur, husband saya ni dia ada soft spot, dia willing untuk belajar, dia faham dia patut kerjasama dalam perkara macam ni. walaupun mula2 ada lah gaduh2, tegur menegur lama2 dia dah tahu apa yg dia perlu buat. saya buat kerja rumah ikut kemampuan saya. tak sempat itu ini dia boleh tolong. awak cuba cakap terus terang dan tegur lagi. ni kerja bersama, belajar tolong apa yg patut. dah ada anak nanti, lagi lah double triple penat nak uruskan anak lagi, suami sendiri tak bantu macam mana. kalau dia takboleh bawa bincang, awak buat je mana yang awak larat lagi2 masa pregnant ni hmm takboleh buat kerja sangat. dia bising ke apa, buat taktahu, cakap je awak tak larat. tegas ni bukan kurang ajar tau. kalau sayang isteri dia patut faham. pernah baca quotes, "I'm your wife, not your mother." kena treat macam isteri, bukan jadi mak dia. kalau awak boleh send posting pasal benda2 macam ni, send je banyak2 dekat dia. ee geram. sabar tau love! 💪🏻

Baca lagi

Saya faham bahawa anda sedang mengalami cabaran yang emosi dan mencabar dalam hubungan perkahwinan serta persediaan untuk menjadi ibu yang pertama. Ketika anda sedang hamil, perasaan sensitif dan keletihan boleh membuatkan situasi rumah tangga lebih mencabar. Jika anda merasa terpinggir atau terbeban dengan tugas harian serta kurang sokongan dari suami, adalah penting untuk berbincang secara terus terang dengan beliau tentang perasaan anda. Komunikasi yang jujur dan terbuka amat penting untuk memahami dan menyelesaikan masalah yang timbul. Selain itu, cari sokongan dari keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk membantu anda melepaskan tekanan dan memperoleh nasihat berguna. Amalkan juga teknik relaksasi seperti pernafasan mendalam atau senaman ringan untuk membantu mengurangkan tekanan dan kegelisahan. Ingatlah bahawa sentiasa ada sumber bantuan dan sokongan untuk anda, termasuk dari komuniti ibu hamil dan menyusui di mana anda boleh berkongsi pengalaman dan mendapat nasihat daripada ibu-ibu lain yang mungkin menghadapi situasi yang sama. Saya harap anda dapat menemui penyelesaian yang sesuai untuk situasi anda dan menjaga kesihatan emosi serta fizikal anda semasa mengandung. Jangan ragu untuk mencari bantuan jika diperlukan. Semoga segala urusan dipermudahkan dan segala rahmat dari Allah untuk anda dan keluarga anda. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Hm mungkin sbb dah jadi kebiasaan dia dh smua sis yg kena buat dari dulu. Suami sptutnya kena tahu, kerja2 rumah mcm tu bukan tggjwab isteri spenuhnya. Sya dari dulu lagi suami selalu tolong, masak , kemas rumah smua dia buat. sya tolong sikit2 je. Masa preggy ni lagi lah , kalau sy baring spnjang hari je pun dia tak bising. smua dia boleh buat, sy kluar bilik utk makan je, tu pun slalu susah nak telan makann sbb alahan. sya nak berus cuci jamban pun dia tak bagi. Pernah skali sya spotting kluar darah coklat sbb sya kemas rumah spnjang hari, masa tu ingatkan nak tolong suami. tapi last2 spotting pgi klinik doctor bgi ubat kuat rahim. smnjak tu lagi lah suami sya tak bagi saya buat kerja sngat. Kadang2 bnda macam ni tgok perangai suami jugak dari awal perkhwinan lagi. Suami sya mmg jenis mak dia didik smua bnda kena buat sndiri , berdikari. adik beradik dia smua macam tu. Kalau awk tak larat, tak pyh je buat. dia tak nak buat tu biar la sma2 tak pyh buat, ckap je awak tak larat . lagi2 kalau alahan teruk mmg sakit tau. kita yg preggy je rasa smua tu. Jaga diri awk je ye. Smoga dipermudahkan urusan 🤲🏻

Baca lagi

hm ni salah satu sebab dari awal kawin saya memang suka minta tolong suami buat apa2, walaupun orang nampak macam benda tu kecil je boleh je buat sendiri, sampai MIL saya kata saya manja. like, do i care? biasakan dia buat kerja sama2 tengokkan rumah sama2 dari awal, supaya dia tahu tu bukan kerja isteri tapi tanggungjawab bersama. tapi alhamdulillah rezeki juga dapat lelaki yg memang jenis senang nak buat kerja rumah bersama. salin nappy anak mandikan tidurkan anak pun dia tolong, kadang tanpa saya minta. awak buat mana yg mampu je sekarang wak. awal2 preggy ni penat, walaupun tak nampak perubahan apa2 lagi, tapi badan tengah kerja kuat tu. biarkan je rumah tu sepah kejap, basuh baju bila perlu je, sarapan takyah buat etc. berlakon je tak larat lebih sikit. kalau dia sayang isteri, dia kesian nanti dia pick up lah mana yg awak slack tu.

Baca lagi

Saya hari2 menangis wak masa pegnent anak pertama sbb walaupun pegnent tp sy dah mcm org gaji. sayala bekerja cari nafkah, sayala buat kerja rumah. dgb bdan tk larat lagi. Dan sy bleeding pergi emergency sorang2. Risau tkut anak lhir problem..nasib baik lahir dgn mudah sbb sy aktif waktu mengandung. sbb mlm sy nk bersalin tu saya masih lagi mop dan kemas rumah padahal dah sarat. Tp Allah kurniakan saya anak yg sgt baik dan semang dijaga, anak yang sangat menghiburkan hati walaupun boleh dikatakan setiap hari sy menangis masa mgandung. then masa mengandung anak kedua dilayan sama mcm org gaji. Last2 sy gugur. walaupun sy syg anak kedua tu tp sy bersyukur dia gugur drpd dpt ayah yg mcmtu. Masa sy gugur pun suami marah sbb sy kena rehat di wad sbb sy pengsan. Dia sumpah seranah sy sbb dia kena jaga anak pertama sorang2.

Baca lagi
3mo ago

Semoga suami Puan insaf dan sedar kesalahan dia

saya pn PRNa alama situasi MCM sis ni 😌masa pregnant anak pertama dan kedua msh boleh bersabar lagi nama je ada laki tpi MCM takde laki plak semua krja apa itu ini Sya yg buat Plus DPT mak mertua yg jenis setan apa2 masala msuk campur n asut anak dia sru CRI prmpuan lain Sya dah takde pilihan dri pada mnahan skit hati anak yg jadi mangsa lbi baik jadi janda ☺️ alhamdulillah lpas 4tahun jadi janda Allah kurniakan saya lelaki yg baik fham tlg saya wlau pn krja tu tak berat Syg anak tiri dia MCM anak kandung sendiri masa kwin dengan husband saya yg skrg ni anak2 saya kurus nmpak kecik je skrg anak saya da gemuk besar alhamdulillah anak d tanya Syg siapa ayah kandung ke ayah tiri anak jwap dengan jujur lebih Syg ayah tiri dri ayah kandung sbb ayah kandung tak PRNa bagi nafkah satu sen pun syukur Allah gantikan dengan yg baik🤲🏻

Baca lagi

Suami sy pun mcm sis jgk smua bnda sy but lnsung xde nk tlong smpai la da brsalin pun sme lnsung xde nk tlong jga ank biasa sblum ad ank bole tdo smpai pkul 5 6 pagi tpi bila ad ank asyik mlm2 bgun dia trus tdo awl stiap mlm sbb nya dia xnk jga ank bila suh wat ppe dia akn mrh blik ckp baik nk mntk tlong ape aku brnak ni ank org lain ke bnyk kli da skit hati da xyh ckp la skrg da..sjk gduh bsr ckp dia ko klau jnis mnusia buta xde hti prsan jnis mulut celupar baik xde je baik mati je sng dri mnyusah kn kple hotak aku ni nk hadap prngai ko mcm bdk2 da msuk 40 pun da mcm knk2 ribena da la smua serbi nk kna buat ko pun nk suh aku hdp prngai ke..lps kita ckp cmtu dia trus diam..brubah ke xde nya sme je klau jnis mcm tu

Baca lagi

waktu pregnant mmg kita emosi lebih sikit tau, awk bekerja kan jadi buat yg awk rasa boleh buat je .. pejamkan je dulu mata tu kalau rasa rimas serabut tgok rumah bersepah, biar suami pun rasa rimas tgok rumah tu jugak.. selama ni awk je yg kemaskan dia lepas tangan la.. kalau mampu buat, sbb nnti ada anak pun macam tu tau. semua benda tak boleh buat, even nnti nak memerut, nak mandi pun susah 😂 dapat pulak anak yg high demand haa kena siap sedia mental fizikal sy yg surirumah pun kalau mampu buat, tak mampu biar je dulu tgu anak tidur.. sy jenis malas bnyak fikir so biarlahhhhh gitu 😂 soal suami awk tu, masa mood korang tgah okay try slow talk, ckp baik2, luah baik2 .

Baca lagi

nk meluah jugak...sy selalu suami rendahkan..dia ckp ada istri tp pemalas..wlaupun dgn senyuman dia ckp bgtu dgn sy..sy ttp skit 😭kmi hdup sdrhana..tmpt tnggl rmh pekerja,basuh baju kena pakai tangan..mesin mmg xda..prnh mnta tlg sidai kain suami tinggi kn suara dkt sy..jd sy kena angkt bakul penuh kain tu dgn keadaan perut yg bsr ni dgn trpksa sbb klau sy x buat baju ank mmg xda..sy sgja x basuh kain. biarkn bertimbun hrp suami dpt bntu berus kain tu..tp dh hmpir sebuln msih dlm bakul.. lepas bersalin mama sy sruh blik kampung..biar suami jaga diri sndri..mama sy ckp terlalu ayu smpi tunduk pada lelaki jahanam mcm tu..istri sakit,pregnt pon dibuatnya mcm babu

Baca lagi

ramai dah yg komen. sya pun nak komen benda yg sma .buat yg mana mampu je sis.lpas tu tutup mata dlu dgn kerja rumah yg x mmpu nk buat .kalau suami tnya bagitau elok2yg sis penat tgh pregnant kna byk rehat. sya pun first pregnancy penat lain macam rasa malas nk tido je . jdi mmg minta tlong husband, even dia buat kerja rumah x mcm sya buat tpi tutupmata je la dlu asal dia buat . vacuum pun kalau rasa rumah mmg byk dah habuk . sbb sya awal pregnancy hritu ada spotting dan bleeding. jadi mmg kat rumah rest je. masak pun x .husband yg masak or bli je .smoga dipermudahkan urusan sis.

Baca lagi