29 Balas

saya pun awal² preg ritu lebih banyak rasa takut dari happy. mcm tak percaya saya preg. mcm semua ni mimpi. saya ckp dgn diri sendiri 'knp aku preg?' 'aku tak sedia' 'aku dah nak jadi mak ke?' mcm² la berlegar kat otak. bila tenung muka husb, benda² tu semua hilang. sebab husb teringin sgt nak anak kecil. jadi, aku insan terpilih utk bahagiakan husn dgn anak dlm perut aku. so, dari ke hari aku buang rasa takut dan tak sedia tu. dlm otak aku set aku nak husb aku happy. 9bulan bawa perut, 9bulan dia eksaited. so, aku rasa mcm pengorbanan aku ni Inshaa Allah berbaloi utk keluarga kecil aku ☺️

Memang normal perasaan sis tu… tetapi dari pengalaman I, kita sabar dan terima cabaran ini. Selepas tiada alahan, sis akan slowly start connect with baby dan menikmati pregnancy journey ini. I pun masuk keluar hospital pada permulaan pregnancy. Banyak kali mahu give up sebab derita teruk. Husband pun ada cadangkan untuk gugur. Nasib baik kita tahan.. sekarang dah dekat bersalin. Yg penting saya ingin ucapkan yg it’s normal as humans to fear the unknown. Conquer the fear and you’ll emerge as a better person. Baby ini ialah rezeki dan rahmat. Stay strong, sis. Saya yakin sis tabah! 💗

sama sis. pernah terlintas juga dalam fikiran saya macam tu, memang teruk sangat alahan. cucuk drip sama macam anak first dulu, tapi kadang kadang kita ni lupa Allah sebenar nya tengah uji kita dan Allah takkan uji lebih dari kemampuan kita. kena teruskan kuat kan semangat semoga ibu ibu yang ada alahan semua nya kembali pulih. ramai orang nak anak tapi sampai sekarang tak ada rezeki, jadi kita yang dah di beri rezeki ni bersyukur la walau derita nya kita je yang tau. kuat tau mommy!!! jangan patah semangat 🥰

TapFluencer

Perasaan takut dan risau tu normal. As long tak memudaratkan kandungan. Bila pregnant kena kuat mental kan mommy. Kadang kala hormon dan emosi tu yang menyebabkan rasa diri tu tk stabil. Banyakkan bersyukur Allah bagi nikmat untuk rasa anak dalam kandungan compare dengan orang yang nak anak sangat tapi penat usaha sana sini nak dapatkan anak. Ingat Allah dan moga urusan mommy dipermudahkan ya. Saya rasa risau bila dah hujung kehamilan tapi still doa hari² moga baby dan mommy selamat dan sihat saat kelahiran.

jangan takot sis , ini anugerah allah swt , allah hadirkan zuriat untuk sis sbb dia tahu sis kuat hadap semua benda . normal sebab kadang perasaan org preggy ni lain , saya dulu macam sis lah . dah lama lama nanti kita sendiri akan enjoy dengan journey preggy ni , sis kene kuat okay , jangan menyerah . sis kene positif , saya doakan sis diberikan kekuatan di dalam kehamilan yang sis jalani , semoga allah memberkati dan memberi kekuatan untuk sis lalui semua ni .

it is not normal. kalau rasa tertekan sangat, sis pergi jumpa pakar psikiatri. sebab saya pun baru je dalam fasa alahan teruk. saya hyperemesis. saya jumpa pakar psikiatri, sebab saya ada niat nak gugurkan bayi. it is not normal. saya pun masuk keluar wad, drip air sebab dehidration teruk.. doktor akan bagi nasihat dan ubat utk mental health kita. jangan takut utk dapatkan rawatan kesihatan. u know, ur body sis. saya doakan kita sama² tabah hadapi dugaan ini. hugs for you. 🤗

jgn takut sis. ingat tak semua orang senang dapat rezeki anak.. ramai lagi kt luar sana yg masih menanti cahaya mata. saya dh nk masuk 4tahun baru tahun ni dapat rezeki baru 12week 4hari.. and then doc ckp sya ada kencing manis. dia dh start bagi sya ubat untuk telan harap tak sampai cucuk insulin lah.. sya pun ulang alik pg kk dengan alahan lagi memang letih dan rasa penat fizikal. tp ini rezeki yg allah bagi tak semua orang dapat rasa

sis tetapkan dlm fikiran , rasa sakit dan kepayahan yg kta rasa masa mengandung ni lah penghapusan kpd dosa2 kita . x semua dpt merasa pengalaman mengandung ni sis . mmg ada perasaan takut, risau dan x selesa semua tue tp mindset tue kena lapang dan redha.. semoga semuanya dipermudahkan utk sis.. dan ibu2 lain yg sedang berjuang~ 🤗

VIP Member

Sy pun pernah rasa sis. Sbb ni sy mengandung anak first, tak ada pengalaman tp diduga dgn alahan teruk. Kerap nangis sbb sakit&penat. Sampai kata kat suami nak gugurkan, nasib suami pandai redakan. Semoga sis terus kuat. Sy kadang2 nak legakan sakit sy bukak zikir letak kat dada/perut. Lama2 mcm reda sikit sakit tu.

Samelah kite. Baru 9 weeks padahal dh menunggu 1 tahun lebih. Bile kene paksa bekerja takboleh cuti, org tkboleh lebih kurang dgn alahan teruk tkboleh bau makan ape ape tambah lagi PJJ suami cuti beku, duduk sorang Rase tkde semangat betul nak teruskan kehidupan 😭

Awk bole mntak kat klinik swasta miss saya cm too jgak compny xbg cuti tnpa sbb ad surat docter appove terus surat cuti saya . Saya ambik upl terus dalam sebulan da kurang alahan bile masuk trmter 2 bole laa masuk kje blik

Soalan popular

Artikel Berkaitan