#SajeNakShare Kos Bersalin 2023 di Hospital Pusrawi KL
Sumber : HOSPITAL PUSRAWI MAIWP Kos bersalin kaedah NORMAL adalah RM4,500 sehingga RM6,000. (tanpa sebarang komplikasi) Kos bersalin kaedah Pembedahan (CAESAREAN) bermula RM12,000 sehingga RM15,000. (tanpa sebarang komplikasi) Termasuk : • Caj Hospital (Penginapan 2 hari 1 malam) • Caj Doktor Pakar Perbidanan dan Pakar Kanak-Kanak **Sila tempah temujanji bilamana kandungan masuk bulan ke-7 dan wajib melalui 2 kali follow up/temujanji susulan di Hospital PUSRAWI Sdn Bhd. **Hanya Doktor Pakar sahaja yang akan menentukan syarat dan kelayakan anda serta kaedah yang sesuai dengan keadaan semasa kesihatan. Maklumat Tambahan : 1. Untuk caj pertama kali, pendaftaran dan konsultasi Doktor Pakar bermula RM250 (tidak termasuk ubatan dan scan) 2. Untuk temujanji seterusnya, caj bermula dari Rm80-Rm150 (tidak termasuk ubatan dan scan) 3. Pesakit dan pasangan WAJIB membuat Ujian COVID-19 sebelum memasuki wad (jika terdapat simptom dan mengikut pada saranan Doktor Pakar) 4. Waktu melawat adalah dari jam 1PM-2PM dan 5PM-8PM. 5. Berkaitan dengan panel/insurans, perlu merujuk dengan syarikat insurans untuk semakan perlindungan dan dapatkan GL bersalin. 6. Bagi panel Syarikat bekerja, sila semak dengan Jabatan Sumber Manusia syarikat anda bagi mendapatkan Guarantee Letter dan maklumat berkenaan dengan polisi perlindungan. #kosbersalin #kosbersalin2023 #hospitalswasta #Bersalin #hospitalpusrawi