Breast feed

Any suggestions supplement untuk byk & pekatkan susu bdn x ? #firstmom

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tiada sis, susu ibu biasanya jadi banyak seiring dengan keperluan 'demand & supply' daripada bayi. Lagi kerap kita bagi susu samada direct bf ataupun pump, lagi banyak susu terhasil. Kalau kurang rangsangan bayi, itu yg susu boleh drop lebih2 lagi bila kita dah start gantikan dengan susu formula. Selain itu usia bayi pun main peranan, kalau awal² lahir mmg susu ibu itu sikit tapi lama³ bila baby dah besar susu akan jadi banyak ikut kehendak (permintaan) dia. Susu ibu juga akan jadi pekat (susu akhir- hindmilk) bila tempoh penyusuan tu lebih dari 10 minit. Kalau susu awal (foremilk) dia nampak lebih cair dalam tempoh penyusuan 8-10 minit pertama. Langkah selamat untuk tingkatkan susu ibu (booster) juga sis boleh amalkan makanan semulajadi. Contohnya buah kurma, laichikang (kurma cina, goji,longan kering), kacang badam, halbur, lobak putih/merah, horlick, sayur sawi, oren sunkist, ikan dan roti wholemeal gandum. Yang paling penting, walaupun penat jangan stress², jaga pemakanan sihat, jaga waktu rehat (bila baby tidur, kita tidur), doa yang terbaik buat anak kita & enjoy dengan breastfeeding journey Kalau sis nak mudah faham boleh try baca dalam channel telegram ni. InsyaAllah boleh bantu bagi sokongan dekat semua ibu² yang fully breastfeeding bayi/ yang sedang berada dalam fasa membesarkan si comel 😊😁 https://t.me/TipsPenyusuanLCNadMasrom

Baca lagi

kena keep try cari makanan/minuman yg boleh boost susu sbb lain org, lain milkbooster. try mkn/minum cheese, kurma, coklat, roti, susu fullcream, horlicks, biskut cream cracker, air rebusan kurma cina, lobak putih. ada banyak lagi real food yg boleh boost susu. just kena rajin try & error. rajinkan diri juga pam susu consistent waktu yg sama dan buat power pumping 2 kali sehari

Baca lagi

sebenarnya tak perlu supplement, boleh cuba tips ni 1. minum susu. paling baik susu kambing, berperisa pun boleh 2. air coklat juga sangat membantu 3. kurangkan kafein kalau tak boleh stop terus kafein tu semoga bermanfaat

Baca lagi

Klu nurse sy x suru ambil supplement, just suru mnum susu stiap hari dlm 2gelas. Apa2 susu je. Tp klu nk juga supplement, g je farmasi mmg byk supplement khas utk breastfeeding. Brand blackmores famous

Trylah minum susu kambing.. it helps untuk pekatkan susu.. Susu ibu ni.. ikut demand.. banyak demand, banyak supply.. So kena rajin kosongkan susu.. InshaAllah nanti makin banyak supply

kerapkan menyusu, setiap hari siang dan malam tu paling lama setiap penyususan gap 3jam. sebolehnya gap sejam insyaallah tak payah supplement pn bllh pekatkan susu

TapFluencer

Tiada. Kerapkan penyusuan untuk penghasilan susu ibu dgn baik

Sya makan lobak putih je sis,dengan saya serasi memang bnyk susu Smpai anak tolak

Ada org tua cakap minum holic..