Asid folik

Skrg kandungan 17 minggu dah, scan bahagian tempurung kepala baby tk terbentuk. Kalau makan asid folik semula, Adakah pembentukan tu akan timbul atau tak? Sbb termiss lma sgt#pleasehelp #1stimemom

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sepatutnya kena mkn lagi di awal kehamilan dan x boleh skip langsung…terjadi pada sy sama kes mcm awk tempurung kepala baby x terbentuk dengan baik…jadi dr bagi 2 pilihan 1)nak teruskan sampai baby dilahirkan tapi bby x boleh survive 2)buat prosedur untuk gugurkan kandungan dengan cara induce dan lahirkan macam org bersalin juga Dan sy terpaksa lepaskan kandungan semasa kandungan 20 minggu…harap sis tabah dan dipermudahkan segala urusan

Baca lagi
6mo ago

Sis, sy skrg dh 5 bulan lebih. Kandungan nak kena terminate jgk sbb takde tempurung kepala. Perit tak sis prosesnya?

saya time trim 1 tak pernah skip trim 2 ni ada skip2 juga kdg sampai 2mggu tak makan acid folik. tp tu la sy kerap minum susu. minum susu macam minum air putih. lepas tu sy selalu scan sbb risaukan. alhamdulillah ok. bila baca post mcm ni risau pulak saya. semoga kamu dan bayi baik baik saja ya.

acid folic atau apa2 vitamin yang habis kena pergi kk atau kd mintak. jgn tunggu next appointment. kalau habis pun n malas nak mintak, beli dekat farmasi. insyaAllah ada. cuba tanya doktor balik pasal pembentukan tengkorak tu kalo 17w 18w sepatutnya macam mana.

Dah nk masuk 5 bulan kandungan tu, risau plak saya. Sis kalau pregnant always kne makan sis. Sbb kita taknak jadi apa2 kat baby. Hmm tapi takpe cuba ikhitar tanya doktor dlu inshaAllah harap smua baik2 hendakNya amin. Saya doakan baby sis okay amin🤲🏻❤️

nape sis tk amik.. ke nak trmuntah je time nak telan? sis bleh je bgthu nurse kalau ad apa ii masalah.. bleh ganti dgn ubat maltofer dr yg farmasi punya,. yg tu kunyah ii je sbb prisa coklat.. bahaya sis tk amik acid folid..

VIP Member

Huhu berat kes ni. Tak tanya doc lebih2 ke psl segala kemusykilan?? Wlpn sedih, tanya je doc tu apa yg sis perlu buat/tak buat. Kalau tanya sini, takde doc nak bg jwpn yg tepat.

3y ago

Baca dgn nada mcm mana tu sis?

VIP Member

Hi, setahu saya takkan membantu. Sebab fungsi folic acid ni untuk prevent such things from happening. Tapi kalau benda tu dah berlaku, tak dapat buat apa lah

Allahuakbar ya allah, kalau boleh tahu sis skip asid folik brapa lama ? Sbb saya pun kdang2 ter skip makan kdang2 😢😢😢 . Smoga ada keajaiban

Hye sis nak tanya, awk termiss brp lama ya sbb sy pun suka skip2 ubat ni sbb mmg jenis seksa n tak lalu nk mkn ubat2 😰 risau pulakkk kt baby #18wk

3y ago

Thank u mommies utk peringatan 😰 lps 1st trimester ritu misi tukar asid folik n vit c ke zincofer, sy muntah. Misi suruh sy tukar. Skg sy makan maltofer tp ritu skip2 juga. Tp dok baca ramai ckp bahaya skg sy pastikan tak miss la.. Risau kt baby 😭

TapFluencer

Allahu... lama sangat ter-miss? Doa banyak2, ikhtiar sebaiknya... mudah mudahan semuanya baik belaka tanpa mudarat 🤲💐