First trimester problem

Siapa kat sini yang pregnant tapi tak de alahan so kejap rasa pregnant kejap mcm tak huhu saya ada hari saya confident ada hari saya bangun rasa mcm betul ke ni 😅🥲 kongsikan pengalaman anda yang mana first mom or yang dah berpengalaman hehe #firsttimemom #advicemommies

32 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

tidak untuk saya,hehe baby mcm xnak bagi saya kerja je. ni first baby,saya baru 7week mcmtu. awal2 okay je muntah,biasa la kan cuma saya perasan bila nkgi kerja & sampai tempat kerja dia dah mula dah demam tiba2 sampai terketar2 tgn sejuk & dia datang sekali pakej sakit kepala & akan terbawa2 sampai seharian. last2 saya terpaksa resign 24jam. skrg kat umah happy happy je mcm xpregnant. cuma pagi2 shj kdg mual2 gitu. semua makanan boleh makan lg tp saya perasan saya kurang nak nasi lebih ke sup atau tomyam gitu. hehe semoga Allah permudahkan segala urusan untuk kita bakal2 ibu. permudahkan urusan waktu mengandung,melahirkan & mendidik anak2 kita nanti. in shaa Allah. aamiin. ❤️❤️

Baca lagi

saya first mom.. morning sickness x ada lngsung.. cuma kerap kencing, and perasan period x dtg sebulan.. period x prnah miss, time tu gi lawatan.. siap angkat benda berat lg.. hati rasa mcm, ehh aku prgnt ke nie sbb kerap kencing.. blik dr lawatan x cek lg.. tnggu seminggu husband ada rumah, cek prgntcy test naik 2line,baru 5weeks time tu.. now baby nk masuk 6 months dh..

Baca lagi

saya both pregnancy xde morning sickness sampai sy bersalin. sy xde simptom cramp or breast sakit. semua sy boleh mkn xde specific mknn yg xboleh mkn. dan sy boleh buat semua aktiviti mcm sebelom sy pregnant. cuma start tremister kedua sakit celah pelvik sampai sy bersalin. anak 1st dah nak masok 3tahun. anak 2nd dah setahun lebih.

Baca lagi
11mo ago

anak 1st boboi. anak 2nd gugurl awak.

hypremesis gravidarum siapa dekat sini ade tips yg boleh dikongsikan, saya mengalami alahan pregnant yg sgt teruk, x boleh mkn, x boleh telan air liur, migrain teruk, sakit area rahim.. setiap hari x dek energy and setiap hari lah saya menangis sbb x dek kudrat nak bangun, terbaring je. saya baru 8 minggu.

Baca lagi
11mo ago

same..ank last umo 1y6m..still bf..dgn morning sickness teruk..penat letih xde kudrat NK layan ank lg..Rasa NK nangis hari2

Saya lah tu masa pregnant anak pertama dulu. Perut pun kecik. Dah 6-7 bulan pun kadang bila bangun dari tido tengok perut kenapa flat je. Terussss berlari ke cermin nak tengok perut 😂 lagi lah baby jenis tak banyak gerak dulu. Berapa kali kena warded sebab gerak tak cukup 10. Dr nak pantau.

normal je untuk kkdg rasa tak pegnent .. sbb anak ni dalam alam rahim ..alam yang ghaib . nama pun ghaib .. jdi kkdg kita rasa anak tu mcm takde tp kita tahu ada.. jdi awak yakinla ada anak tu doa anak sihat .. yakin Allah yang jaga ..kalau risau sgt bole la scan .. enjoy je sis ...

Saya dari early trimester sampai la hari bersalin, takde langsung morning sickness. Kekal aktif macam biasa. Pregnancy symptoms ni banyak. Tak semua symptoms kita akan rasa dan bergantung pada individu. Boleh mula membaca berkaitan pregnancy, breastfeeding, parenting, babies.

Sy lepas dah tahu pregnant baru la segala morning sickness dtg, sbelum tau tgh pregnang tu elok je badan ni😂 terdetik nak cek upt sbb lewat 2 minggu lepastu berat badan naik. Takpe sis, Nanti once baby bump dah nampak baru akan betul2 confident tgh pregnant🤣🤣

Jangan overthinking. Saya dari awal pregnant sampai bersalin takda morning sickness pun malah aktif boleh pergi kerja macam takda apa. Makan pun berselera je. Anggap saje tu satu rezeki dari Allah sepanjang pregnancy tu. Jangan terlalu fikir dan enjoy je. 🥰

Sama mcm saya. Memang awal rasa tak ngandung smpai bukak buku awal lah nak surekan mengandung. Alhamdulillah sekrang Dah masuk 6 bulan ni dan masih tak ada alahan dan selera makan mmg makin bertambah. InsyaAllah awak mengandung tu. Cuma jangan lasak sangat lah