12 Balas
Hi Dr. Anak saya sekarang berusia 1 tahun 1 bulan dan saya nak bertanya beberapa soalan berkaitan najisnya. 1 ) Baru-baru ni saya dapati semasa membuang, najis bayi saya berwarna kelabu. Ia berlaku cuma sekali sahaja. Pada hari berikutnya najis kembali seperti biasa. Apakah ia tanda bayi saya tidak sihat atau ada masalah dalaman tubuh badannya? 2 ) Apakah warna najis yang normal & tidak normal? 3 ) Sekiranya didapati warna najis tidak normal tetapi untuk tempoh yang singkat, adakah ibu bapa masih perlu risau atau jika najis tak normal berlarutan beberapa hari barulah perlu dilakukan pemeriksaan di klinik atau hospital? 4 ) Adakah normal jika bayi berusia 1 tahun mempunyai warna najis yang berbeza setiap hari, tidak seperti ketika di awal kelahiran, najis bewarna kuning setiap hari. 5 ) Adakah normal bagi bayi 1 tahun apabila makan seperti jagung atau sayuran kasar apabila dia membuang najisnya mengeluarkan jagung atau sayuran dalam bentuk yang sama seperti sebelum dimakan. 6 ) Jika anak sembelit apakah jenis makanan yang harus dielakkan dan apakah makanan yang perlu dimakan? Terima kasih.
Hai Dr Ng, Izinkan saya bertanya , saya first mom dan kurang pengetahuan tentang najis bayi yang normal atau tidak . Bayi saya kini sudah berusia 1 bulan 16 hari. Bayi saya bf + Fm (dupro). Tapi saya lebih banyak memberi susu badan. 1) Normal tak jika bayi saya setiap kali selepas menyusu formula dia akan berak sedikit , dan selepas beberapa jam bru dia berak banyak sedikit? Bayi juga kerap kentut dan terkeluar najis sedikit. 2) Ciri najis bayi saya kuning kecoklatan , tekstur dia cair dan berbiji2 isi. Adakah najis bayi saya normal? Itu sahaja pertanyaan saya , harap dr dapat terangkan..
hi, terima kasih kerana menganjurkan sesi tanya pakar ini.. saya ada beberapa soalan :- 1) normal kah bayi 6 bulan kebawah tidak berak selama 2 3 hari? bayi sepenuhnya minum susu ibu. 2) setelah bayi start makan perlukah bayi membuang setiap hari? atau normal jika tidak membuang 1 atau 2 hari? 3) normalkah jika bayi 5 bulan tesktur najis cair berwarna kuning? jika tidak normal apa penyebabnya? bayi minum susu ibu sepenuhnya.. 4) adakah warna najis memainkan peranan? itu sahaja pertanyaan saya buat masa ini.. terima kasih 🥰
nak tanya anak da 10bulan tapi dia jarang berak, means 3-4hari baru berak. normal ke?, tapi bila berak, najis okay je. bab makan minum okay, tapi tak byk makan la, menyusu je kuat. anak takda kembung perut, still aktif, kerap kentut, just berak je jarang. dia fully bf lagi. dan baru ni juga 6hari dia baru berak, tapi najis masih okay. orang cakap bila anak da start makan kena hari2x berak, saya confuse sbb anak saya tak mcm tuh pun. satu lagi, bila yaa kena ke klinik kalau anak tak berak?, kena tunggu berapa hari yaa?,
hai Ms Ng soalan sy adalah anak saya berusia 1 tahun 1 bulan dan mengalami kesukaran buang najis sedari lahir. pelbagai cara telah saya lakukan termasuk menukar bermacam jenis susu formula spt susu lmbu, susu soya atau susu kambing. kdg2 berak sampai berdarah. sayur dan buah tggi serat pon telah diberi. anak aktif dan ada kentut. afakah anak sy mmpunyai masalah Hirchprung disease? terima kasih
Slm sejahtera, Puan Sarah, Maaf kerana lewat membalas untuk soalan puan. Untuk soalan puan, terlalu cepat untuk diagnoskan masalah hirchprung disease, seperti biasa puan perlu membawa bayi dapatkan rawatan secepat mungkin untuk mengenalpasti punca masalah bayi puan, jika hanya sembelit atau susu formula, tiada masalah. Puan perlu dapatkan rawatan selanjutnya, jangan berlengah ya.terima kasih
Hi Dr Ng. Baby saya umur 1 tahun 1 bulan. 1) Baby berak sekali setiap dua atau tiga hari. Adakah ini simptom baby sembelit? 2) Tahi baby biasanya berketul tapi jika makan yogurt, keesokkan hari, tahi baby lembik dan tidak berketul. Adakah tahi jenis lembik lebih bagus, atau saya bagi terlalu banyak yogurt? Thank you.
Jika baby tak berak 2 hari dan berterusan mengalami sembelit walaupun setelah melakukan perubahan diet atau disertai dengan gejala lain – seperti muntah atau lemah badan – lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian mengenai keadaan bayi.
hi Dr. baby saya baru masuk 3 bulan . normal ke kalau dia berak 2-3 hari sekali . Baby saya bf+fm..tp fm saya hnya bg 1kali sehari je (2oz) . perut nye lembut dan sering kentut .
Hai. Selalunya najis yang berketul ia disebabkan sembelit. Apakah cara yang perlu dilakukan jika anak sukar ingin makan sayur yang berserat (sayur hijau)? Terima kasih.
hai doc,normal ka baby 2bulan berak 2kali sehari warna kuning cair seperti cirit.baby mnum susu fm.atau susu sudah tak sesuai?
Normal ke baby gatal gusi tak lalu makan , anak saya 9bulan dia tolak nasi . Buah or snek je dia terima
Dr Ng Yun Yun