Missed Miscarriage

Separuh nyawa aku hilang Ya Allah. Beratnya rasa dugaan ni. Sayang mummy, diusia kamu 18w kamu tinggalkan mummy n daddy untuk selamanya. 18/9/19 checkup, jantung kamu dah tak berdegup. Luluh hati mummy, daddy kerja jauh pulak tu dari kita sayang. Mummy kuatkan diri, drive ke hosp berdua dengan nenek. Hosp pun sahkan kamu dah meninggal dalam rahim mummy. Tapi mummy masih harap kamu hidup, mungkin kamu lena rehat. 19/9/19 mummy tengok kamu dengan daddy lagi, nak tengok kot kamu dah bangun. Tapi kamu lena selamanya sayang. Mummy cuba redha, sabar. Tapi mummy belum sekuat itu untuk terima takdir. Kamu laa anak syurga Akhtar (yang terpilih). Saham mummy dan daddy ke syurga Insha Allah. Maafkan mummy, tak berikan yang terbaik semasa kamu berada dalam rahim mummy. AllahhuAkhbar ?

56 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Salam takziah sis

Salam takziah sis..

Terima kasih semua atas doa nya. Saya akan cuba dan paksa jugak untuk kuat lalui dugaan ni 🙂 semoga kita semua diberikan rezeki yang terbaik Insha Allah. Allah je yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan..

allahuakbar . . semoga kuat sis .

Sabar ya sis.. insyaAllah ad rezeki yg lain.. doakan kandungan sy nak masuk 18weeks baik2 saja ye.. ni bby 1st sy, sy tkut sgt dgr bnde2 mcmni😥 Allahuakbar... Tp boleh sy tahu, apa tanda2 yg sis rasa masa bby dah xd hearbeat ye..

5y ago

Takda rasa pape sebab belum rasa kicking atau apa. Takda bleeding takda sakit. Just monthly checkup. 2weeks before scan happy sebab nampak jelas heartbeat baby. 18/9/19 scan takda heartbeat. Scan pun sebab perut memang takbesar dari yang sepatutnya n baby tak membesar dengan baik. InshaAllah kandungan awak baik baik. Jaga pemakanan supaya baby dapat nutrisi yang cukup. 22/9/19 ni baru saya induce ubat untuk normal deliver n mybe baru dapat tahu punca.

sis adalah org yg terpilih...saham akhirat sudah menanti...bukan senang nak dpt saham akhirat free mcm ni..tp sis kne kuatkan hati..in shaa allah nanti allah gantikan yg lebih baik..aamiin..