Tomyam versi baby 7 bulan

Hi semua! jom cuba resepi tomyam versi baby. comel je, anak pun nak makan tomyam.hihi bahan2 : bawang putih dan merah halia mirepoix serbuk ikan bilis ( optional ) daun limau purut serai dititik dahulu isi ayam pes tomato @ tomato blend celery carrot sawi @ apa2 jenis sayur kesukaan beras frozen cara2: seperti biasa tumis bawang2 dan halia sehingga naik bau, masukkan sekiub mirepoix & pes tomato, masukkan air secukupnya, isi ayam, celery, daun limau purut, serai..boleh juga nak tambah serbuk ikan bilis,optional ya mummy.. dah nak masak,masukkan sayur berdaun hijau , sawi .. brokoli pun boleh.. saya jenis suka letak sayur hijau dlm masakan anak, untuk anak senang lawas dan buang air besar. dah siap masak, boleh campur dlm bubur kosong dan blend @ lecek2 halus. sebelum blend keluarkan dulu daun limau purut, serai, dan halia. kalau guna beras frozen, masa masukkan air tadi boleh masukkan terus beras frozen, jadi bubur tomyam terus. happy cooking mummy !

Tomyam versi baby 7 bulan
6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Bkn setakat baby je, mak baby pn trliur tgk🤤