Sedih dan buntu

Hi semua. Sy buntu dan nak tanya pendapat. Sy bru berkahwin 6 bulan, dan sekarang tgh pregnant anak first 10 minggu. Suami sy seorang panas baran, dia normal ketika kami tidak bergaduh/bertengkar tp setiap kali baran dia dtg sy seolah2 tak kenal siapa dia. sy dipukul semasa 9 minggu pregnant. Sekarang sy tidak tinggal bersama suami sy balik ke rumah parents. Apa patut sy lakukan adakah sy patut bertahan demi anak yg dikandung ni atau tuntut cerai di mahkamah? Ikutkan hati, sy dah taknak teruskan hubungan ni tp fikirkan anak yg dikandung ni jd berbelah bahagi. Ini bukan pertama kali saya dipukul. Sy selalu beri dia peluang setiap kali dia merayu pd sy. Sekarang sy dah tak tahan lagi hidup mcm ni. Adakah cara lain selain bercerai? atau tinggal berasingan walaupun tidak bercerai? sy takut n trauma utk tinggal bersama suami tp x dinafikan ada juga kebaikan pd diri dia cuma dia seorang yg baran. Sy betul2 buntu dan susah utk buat keputusan. Niat sy berkongsi masalah sy utk tanya pendapat semua.

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dapatkan nasihat orang2 yg sis percaya. Buat solat hajat, solat istiharah. Allah xsuka perceraian tapi masih dibenarkan. Kalau memang dah memudaratkan, pada sy lelaki tu dah hilang kelayakan sebagai suami. Anak pun perlukan contoh akhlak yg baik dari ibu bapa. Kalau panas baran berterusan, bukan saja emosi sis, emosi anak pun terganggu

Baca lagi
6y ago

terima kasih atas pendpat