Jenis keputihan

Hi semua, saya nk tanya pengalaman ibu semua tentang keputihan.. saya ttc hampir setahun, period irregular.. jadi saya memang tak pandai bezakan keputihan nak period atau keputihan normal yg kita as woman mmg ada atau keputihan tanda awal kehamilan. kalau discharged yg putih telur ayam tu pun saya confuse waktu subur saya atau lebihan selepas BD.sudilah ibu ibu komen ya. Terima kasih kongsi ilmu dgn saya..#ingintahu #bantusharing #seriusnanya

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi sis. Kalau saya, keputihan normal biasa la macam pekat sikit dan warna putih susu. Tapi sikit je. Kalau penat atau banyak bergerak baru dia keluar. Masa ovulation keputihan jadi banyak. Dan warna putih jernih macam egg white. Kadang baru jalan sikit pun dia dah keluar. Dalam 2-3 hari juga macamtu sampai saya jadi tak selesa. Sentiasa pakai pantyliner. Lepastu kalau saya lagi sehari atau 2 hari nak period, saya takkan ada keputihan langsung. Kalau bd pun kering je rasa memang tak selesa. Saya pun irregular period 😊 tapi selain dari keputihan, simptom2 nak ovulation, nak period dengan pregnant pun saya alert. Sebab semua tu saya ada simptom.

Baca lagi